Panggung Fesyen Miu Miu - Glam Malaysia

Panggung Fesyen Miu Miu

Miu Miu, antara rumah fesyen yang hangat diperkatakan sewaktu menyentuh topik fesyen musim bunga 2021. Pementasannya, mengangkat tema “Miu Miu Club”, yang mempersembahkan suatu koleksi berinspirasikan kesukanan. Set ala gelanggang bola keranjang, tak dinafikan sekali imbas mengingatkan kita pada momen-momen sewaktu ‘high school’. Kemunculan Lila Moss melewati pementasan Miu Miu, turut mengundang perhatian di kalangan peminat fesyen. Imejnya berjalan untuk acara Miu Miu hangat diperkatakan, viral di kalanya pengguna media sosial.

Tak cukup dengan itu, Miu Miu membariskan wajah-wajah semasa yang cukup berbakat untuk dijadikan penghias kempen musim bunga/panas 2021. Satu komuniti yang dianggap tidak konformis, dihimpunkan dalam pembikinan kempen yang bertajuk “Mind Mapping”.

Jurugambar profesional, Steven Meisel yang bertanggungjawab disebalik penghasilan kempen ini. Emma Corrin, pelakon yang meningkat naik disebabkan siri “The Crown”, antara wajah yang membintangi siri kempen. Allison Katz (pelukis), Kelsey Lu (penggiat muzik), Chloe dan Topsy (model) yang mempamerkan keindividuan serta wajah yang berpotensi tinggi dalam bidang masing-masing, turut disunting Miu Miu untuk menyerikan lagi penghasilan kempen. Sempena kehadiran musim baharu.

See also
Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Musim Luruh H&M Studio

Set kempen mengambil tempat ruang dalam rumah sebagai latar utama. Setiap daripada mereka, mengolah identiti melalui tata gaya Miu Miu, sambil beraksi dalam ruang dalam rumah bertema retro. Setiap imej kempen mengandungi dua keping gambar berbeza tema, yang merefleksi karakter sebenar dan satu lagi imejan ‘posed and poised’. Menunjukkan dua sisi yang berbeza, namun ditonjolkan oleh orang yang sama.

miu miu

Artikel berkaitan: Lembaran Fesyen Moschino