Giorgio Armani Buka Syurga Membeli belah Terkini di TRX
giorgio armani

Syurga Elegan Terbaru Giorgio Armani Di TRX

Giorgio armani yang kaya dengan citra elegan dan sofistikated membuka butik terkini mereka di the exchange trx, lantas membawa semangat gaya itali yang mewah ke kuala lumpur.

Nama Giorgio Armani bukanlah sesuatu yang asing buat Kuala Lumpur. Jenama asal Itali ini sudah lama mencipta ombak fesyennya di Malaysia. Ianya mempunyai pencinta yang tersendiri dan mereka ini adalah berkarakter elegan juga sofistikated. Maka, bagi menguatkan lagi keutuhan jenama mewah, Giorgio Armani membuka butik mereka di destinasi membeli belah paling hangat, The Exchange TRX. Ianya terletak di hub kewangan baharu buat Kuala Lumpur.

giorgio armani

Butik yang seluas hampir 366 meter persegi ini direka khas oleh Giorgio Armani bersama kolaborasinya dengan para arkitek. Konsep butik satu tingkat ini memancarkan keindahan detil yang cukup jitu selari dengan DNA jenama Giorgio Armani. Butik ini mempunyai dua pintu masuk simetri dan bahagian dinding diindahkan dengan kemasan platinum bersama logonya. Melangkah masuk ke ruang butik, tetamu bakal disambut dengan lampu setinggi empat meter yang direka khas serta dinding dengan teknologi LED.

See also
Lima Item Fesyen Pilihan Editor Fesyen GLAM

Ada lima pojok khas yang dirona dengan warna yang berbeza. Setiapnya didedikasikan khas pada koleksi yang berbeza-beza. Butik ini lengkap dengan himpunan buat wanita, lelaki termasuklah pilihan ceraian siap sedia, aksesori dan bilik eksklusif buat VIP. khidmat lain yang tersedia adalah Made-to-Measure buat ceraian yang lebih bersifat peribadi.

giorgio armani

Lantai butik diperbuat menggunakan batu oniks dengan efek kemasan marmar. Manakala dinding nampak mewah dibaluti dengan kain sutera. Menambah keharmonian butik ini, ada meja resin dan metal palet platinum. Semua dekorasi diilhamkan daripada Armani/Casa bagi mencetus gaya sofistikated.

Artikel Berkaitan: Acara Giorgio Armani Neve Musim Sejuk 23, Berlangsung Meriah di St.Moritz