Tujuh Wanita Luar Biasa Pilihan Kate Spade New York - Glam Malaysia
Tujuh Wanita Luar Biasa Pilihan Kate Spade New York

Tujuh Wanita Luar Biasa Pilihan Kate Spade New York

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kate Spade New York merayakan koleksi musim bunga 2023 dengan menampilkan tujuh wanita ragam karakter dan personaliti menarik untuk kempen terbaru. Tujuh wanita tersebut ditampilkan bertujuan menginspirasi generasi berikutnya. 

Kempen musim bunga 2023 Kate Spade New York telah dilancarkan, yang mana mengundang para wanita di seluruh dunia untuk menyertai kembara sepanjang tahun dan merasai pengalaman yang tidak dijangka dan tidak dapat dilupakan. Mengambil tajuk “It All Started With”, kempen memperkasakan wanita ini memberi fokus kepada tujuh wanita Malaysia yang menakjubkan, dari pelbagai latar belakang, umur dan pencapaiannya melambangkan perayaan sebenar kewanitaan dan daya tahan. 

Bersama Kate Spade New York meraikan perjalanan tujuh wanita yang menginspirasikan. Antaranya ialah Sweet Qismina, pelakon yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan serba boleh sebagai anak seni; Dhabitah Sabri, penyelam Malaysia yang memiliki semangat keazaman tinggi; Sharifah Rose; pelakon dan usahawan berjaya; Vivian Foo, juruterbang yang membuka ruang untuk memperkasakan wanita; Bay Doucet, model, pereka kandungan digital dan usahawan muda. 

See also
Max Mara Menumpukan Kepada Kesederhanaan Untuk Minggu Fesyen Milan

Serangkaian aksesori dan tas serta pola gaya yang kaya warna bertenaga ditampilkan dengan motif bunga-bungaan dan ciri khas musim bunga, bersamaan dengan aksen fauna dan bag charm berbentuk unik berwarna cerah. Seluruh koleksi ini tersedia di butik Kate Spade New York dan dicadangkan sebagai pelengkap gaya musim ini dan penampilan Aidilfitri kali ini. 

Ketahui tujuh wanita pilihan Kate Spade New York musim ini…

BAY DOUCET

Tujuh Wanita Luar Biasa Pilihan Kate Spade New York

SWEET QISMINA

DHABITAH SABRI

Tujuh Wanita Luar Biasa Pilihan Kate Spade New York

 

SHARIFAH ROSE