Ulangtahun Ke-15 Victoria's Secret Bersama Swarovski Mencipta Sejarah

Victoria’s Secret Swarovski Look Dengan Perincian 1 Juta Kristal

Debaran semakin dirasai dengan beberapa hari sahaja lagi sebelum acara tahunan Victoria’s Secret Fashion Show yang dinanti-nantikan ramai membuka tirai mereka buat pertama kalinya di Asia, Shanghai.

 

Selain mengumumkan Lais Ribeiro sebagai model bertuah yang terpilih untuk mengenakan Fantasy Bra tahun ini, Victoria’s Secret juga bakal menyambut ulangtahun ke-15 kerjasama mereka bersama Swarovski yang telah sekian lama membekalkan kristal untuk digunakan dalam rekaan-rekaan pakaian Victoria’s Secret termasuklah satu rekaan khas saban tahun oleh kedua-dua jenama ini.

 

Untuk tahun istimewa ini, satu juta kristal telah digunakan untuk koleksi Victoria’s Secret dan untuk rekaan khas mereka bersama Swarovski sahaja telah menggunakan 275,000 biji kristal. Tidak lupa juga berita gembira buat model yang akan memperagakan rekaan istimewa itu pada tahun ini adalah tidak lain dan tidak bukan, Angel Elsa Hosk.

 

Monica Mitro, naib presiden eksekutif di Victoria’s Secret telah menyatakan kepada WWD bahawa rekaan bersama Swarovski pada tahun ini merupakan rekaan paling menakjubkan mereka pernah hasilkan.

See also
FENDI Spring/Summer's 8 Best Looks

 

“Ceraian tersebut dilengkapi dengan sepasang sayap yang dihiasi dengan batu-batu menawan dalam pelbagai warna. Ia juga merupakan antara sayap paling berat pernah kami hasilkan dengan 275,000 kristal, 200 ela riben bersulam dan kristal pavé, manik perhiasan dan abah-abah yang diselaputi kristal.”

 

Dengan pengalaman sebagai seorang Angel Victoria’s Secret selama empat tahun dan enam pertunjukan, Elsa Hosk merupakan pilihan paling tepat untuk sepasang ceraian yang lebih sesuai dengan model berkaliber sepertinya.

 

“Apabila saya mendapat tahu saya dipilih untuk memakai ceraian Swarovski ini saya merasa sangat teruja seperti yang sudah saya idamkan selama ini. Saya tidak sabar untuk berjalan di sepanjang pentas peragaan,” ujar Elsa mengenai peluang penuh makna ini.

 

Elsa Hosk sewaktu sesi fitting untuk ceraian Victoria’s Secret dan Swarovski.
Foto Instagram/wwd

“Pembinaan pakaian ini membuatkan anda merasakan ia sesuatu yang luar biasa… ibarat memakan perisai kristal. Ia kelihatan seksi, namun ia juga cool  dan moden.”

 

Nantikan pertunjukan Victoria’s Secret Fashion Show di Shanghai pada 20 November ini!

See also
Bonia Meraikan Pelancaran Butik Utama di Suria KLCC