25 Foto Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah - Glam Malaysia
25 Foto Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah

25 Foto Majlis Istiadat Bersanding Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah

Tanggal 11 Januari 2024 melakar detik bahagia buat Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah atau Putera Mateen apabila disatukan dengan wanita pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah.

Pasangan itu diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang. Majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Acara dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan istiadat Diraja Brunei. Sebaik sahaja Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijab kabul, 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda Istiadat Akad Nikah Diraja telah pun sempurna. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Majlis Persandingan Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah Berlangsung Gemilang

Genap tiga hari, pasangan mempelai diraikan dalam Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada 14 Januari.  Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah tampil segak dan anggun dalam persalinan putih sedondon.

See also
Sekitar Majlis Perkahwinan Anya Taylor-Joy Di Palazzo Pisani Moretta

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyambut ketibaan Putera Mateen di singgahsana dan meletakkan tangan anakandanya pada jemala Dayang Anisha Rosnah berlatarkan bacaan selawat. Sebaik sahaja pasangan pengantin duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula. Kedua-duanya kemudian dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

foto persandingan putera mateen dayang anisha rosnah

Putera Mateen, Dayang Anisha

Putera Mateen

Majlis perkahwinan ini dimeriahkan dengan kehadiran 5,000 tetamu termasuk dari kalangan kerabat Diraja dan pemimpin politik dunia. Antara yang hadir adalah Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. Begitu juga dengan Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck bersama isterinya, Permaisuri Jetsun Pema.

Putera Mateen

Turut menyerikan majlis adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tidak lupa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Putera Mateen, Dayang Anisha

Majlis Persantapan Diraja akan diadakan pada malam 15 Januari. Ini diikuti dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada hari terakhir, 16 Januari.

See also
Selepas 20 Tahun, Jennifer Lopez Dedah Asal Usul Panggilan J.Lo

Foto: AFP/Borneobulletin

Baca: Sekitar Majlis Perkahwinan Pewaris Jordan, Putera Al Hussein & Rajwa Al Saif