5 Filem Hebat Lakonan Ario Bayu, Hero Gadis Kretek - Glam Malaysia
5 Filem Hebat Lakonan Ario Bayu, Hero Gadis Kretek

5 Filem Hebat Lakonan Ario Bayu, Hero Gadis Kretek

Nama Ario Bayu mungkin baru meniti di bibir peminat Malaysia berikutan tayangan siri Netflix yang menjadi fenomena, Gadis Kretek.

Bagaimanapun di negara kelahirannya, pemilik nama Ario Bayu Wicaksono ini dikenali sebagai aktor dengan bakat lakonan luar biasa dalam industri hiburan Indonesia.

Dia memulakan kerjaya dalam bidang lakonan pada 2005 ketika berusia 20 tahun menerusi filem Bangsal 13. Sejak itu Ario Bayu telah menjayakan pelbagai watak dari sultan hinggalah ke presiden. Malah dia pernah membintangi karya kolaborasi bersama Hollywood, Java Heat di samping Kellan Lutz. Tidak lupa juga filem tempatan, Crossroads: One Two Jaga di samping Bront Palarae dan Zahiril Adzim.

Berikut filem terbaik lakonan Ario Bayu berdasarkan skor pengkritik filem popular

 

Perempuan Tanah Jahanam (2019)

Turut dibintangi oleh: Tara Basro, Marissa Anita, Asmara Abigail, Christine Hakim

Skor Rotten Tomatoes: 92%

ario bayu

Dalam filem seram arahan Joko Anwar ini, Ario Bayu menggalas watak sebagai Ki Saptadi, tokoh disegani di Desa Harjosari. Walau berpenampilan misteri, tiada siapa menyangka dalam diam dia menyimpan sebuah rahsia.

See also
Strangest Experienced At Good Vibes Festival

Secara perlahan-lahan rahsia mengenai sumpahan di desa itu terbongkar, dan Ki Saptadi adalah individu yang bertanggungjawab atas kejadian sumpahan bayi tanpa kulit di perkampungan tersebut.

 

Ratu Ilmu Hitam (2019)

Turut dibintangi oleh: Suzzanna, Alan Nuary, W.D Mochtar, Sofia W.D, Teddy Purba

Skor Rotten Tomatoes: 90%

Sebuah lagi filem seram lakonan Ario Bayu yang diadaptasi daripada naskah dengan tajuk sama pada 1981. Memegang watak sebagai Hanif, dia bersama isteri dan anak-anaknya pergi menziarahi rumah anak yatim, tempat di mana dia dibesarkan. Di sana dia bertemu rakan lama, Anton dan Jefri yang turut membawa keluarga masing-masing.

Kunjungan mereka adalah untuk melawat Encik Bandi, penjaga rumah tersebut yang sedang sakit tenat. Bagaimanapun mereka mula mengalami perkara-perkara pelik dan menakutkan semasa berada di sana.

 

Buffalo Boys (2018)

Turut dibintangi oleh: Mike Wiluan, Yoshi Sudarso, Pevita Pearce, Tio Pakusadewo

Skor Rotten Tomatoes: 79%

filem terbaik ario bayu

Filem aksi kolaborasi Indonesia-Singapura ini mengangkat kisah koboi di mana Ario Bayu diberi tanggungjawab menggalas watak tokoh bernama Jamar. Dia dan abangnya, Suwo baru sahaja habis bekerja dengan bapa saudara mereka di Transcontinental Railroad dan membuat keputusan pulang ke Indonesia.

See also
10 Soalan Bersama Linora Menjelang UA Combine

Dalam perjalanan menaiki kereta api, mereka terpaksa berhadapan dengan sekumpulan samseng berkulit putih. Setibanya di sana, Jamar dan Suwo perlu terus memerangi pemimpin Belanda untuk membebaskan rakyat Indonesia daripada penjajahan.

 

Sultan Agung: Tahta, Perjuangan, dan Cinta (2018)

Turut dibintangi oleh: Marthino Lio, Adinia Wirasti, Anindya Putri, Christine Hakim

Skor IMDb: 7/10

filem terbaik ario bayu

Selain filem seram dan aksi, aktor berusia 38 tahun ini juga pernah membintangi naskah sejarah di mana dia melakonkan watak Sultan Agung Hanyakrakusuma. Filem ini mengisahkan tentang perjalanan Sultan Agung dalam membawa Kesultanan Mataram Islam ke puncak kegemilangan.

Filem ini dimulakan dengan kehidupan zaman muda Sultan Agung, kala dirinya dikenali sebagai Raden Mas Rangsang. Dikhabarkan ketika muda baginda jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Lembayung, bagaimanapun cintanya terpaksa dilupakan demi takhta.

Setelah menaiki takhta dan bergelar Sultan Agung Hanyakrakusuma, baginda memerintah kesultanan itu sehingga akhirnya berperang menentang Syarikat Hindia Timur Belanda.

 

Soekarno: Indonesia Merdeka (2013)

Turut dibintangi oleh: Lukman Sardi, Mathias Muchus, Henky Solaiman, Ria Irawan, Maudy Kusnaed

See also
ENIGMA: Permainan Digital Salvatore Ferragamo

Skor IMDb: 6.9/10

Filem biopik ini memaparkan lakonan hebat Ario Bayu sebagai presiden pertama Indonesia, Soekarno. Ia memberi fokus pada kisah ketika Soekarno dibuang negeri dari Ende ke Bengkulu sehingga waktu proklamasi Indonesia.

Soekarno: Indonesia Merdeka menceritakan perjalanan hidup tokoh itu dari zaman kanak-kanaknya yang sering jatuh sakit sehingga menjadi individu berpengaruh ketika dewasa. Turut dikongsikan adalah kisah pertemuannya dengan Fatmawati ketika Soekarno masih lagi bergelar suami kepada isteri keduanya, Inggit Garnasih.

 

Foto: Daman

Baca: 5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek