5 Pendedahan Penting Britney Spears Dalam Memoir The Woman In Me - Glam Malaysia
5 Pendedahan Penting Britney Spears Dalam Memoir The Woman In Me

5 Pendedahan Penting Britney Spears Dalam Memoir The Woman In Me

Hampir dua tahun selepas konservatornya tamat, Britney Spears meluahkan apa yang terbuku di hati menerusi memoir The Woman In Me.

Diulas sebagai kisah ‘berani dan mengharukan’ tentang kebebasan, kemasyhuran, keibuan, kelangsungan hidup, kepercayaan dan harapan, The Woman In Me menceritakan tentang perjalanan seninya, percintaan dengan Justin Timberlake, serta skandal yang dicetuskannya pada 2007.

Ia turut memperincikan konservator perit yang dilaluinya selama 13 tahun. Menurut Britney, memoir ini didekasikan buat dua cahaya matanya, Sean dan Jayden Federline. “Untuk anak lelaki saya, yang merupakan cinta hati saya.”

Ini lima pendedahan mengejutkan dalam memoir The Woman In Me

 

Tawaran Membintangi Filem Chicago (2002)

Bercakap tentang perjalanan awalnya dalam bidang lakonan, Britney mengakui dia mengamalkan ‘method acting’ dalam filem pertamanya, Crossroads.

Tambahnya, terlepas watak utama dalam filem The Notebook di tangan Rachel McAdams adalah satu kelegaan. Sesi uji bakatnya untuk filem tersebut tular baru-baru ini di media sosial.

See also
Miss Universe 2023: Ini Fakta Unik Yang Perlu Ambil Tahu

Britney turut mendedahkan kekesalannya menolak untuk membintangi filem Chicago di mana dia ditawarkan watak jahat. Katanya, dia sepatutnya lebih terbuka menerima watak yang ditawarkan.

 

Pengguguran Anak

Dalam memoir ini, Britney mengejutkan dunia apabila memberitahu dia pernah menggugurkan kandungan hasil hubungannya dengan Justin Timberlake.

Britney Spears the woman in me

Foto: Getty Images

Walaupun dia teruja untuk membina keluarga, Justin tidak memberi reaksi positif dan mengakui belum bersedia untuk bergelar bapa.

Britney akhirnya bersetuju menggugurkan kandungan, yang disifatkannya sebagai salah satu pengalaman paling menyakitkan yang pernah dialaminya.

 

Cinta Monyet Dengan Colin Farrell

Selepas berpisah dengan Justin, Britney menjalin hubungan dengan aktor Colin Farrell. Menurutnya perhubungan mereka hangat membara. Walaupun dia yang memulakan langkah pertama, mereka amat tertarik terhadap satu sama lain. Bagaimanapun entah di mana silapnya, ia hanya bertahan dua bulan.

Britney Spears the woman in me

Foto: Getty Images

 

Temu Bual Bersama Diane Sawyer

Dalam The Woman In Me, Britney berkata dia dipaksa menghadiri wawancara bersama Diane Sawyer di kediamannya di mana dia diajukan pelbagai soalan yang amat memalukan.

Foto: Decider

Pengalaman itu membuatkan dia berasa dieksploitasi apabila kisah peribadinya dijaja kepada dunia. Ia menjadi titik tolak yang mendorongnya untuk bercakap mengenai masalahnya secara terbuka kepada peminat dan tidak lagi memendam seorang diri.

See also
Kerabat & Selebriti Yang Bakal Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles

 

Hubungan Rumit Dengan Adiknya, Jamie Lynn

Britney turut berkongsi kekecewaannya terhadap Jamie sepanjang tempoh konservator. Katanya, apabila dia meminta bantuan untuk melepaskan diri, Jamie menyatakan bantahan dan tidak memberi sokongan.

Malah selepas konservatornya tamat, dia berasa dikhianati oleh keluarga sendiri terutama selepas Jamie menerbitkan buku yang mengandungi kisah buruk mengenai dirinya.

Foto: Getty Images

 

Foto: Pink News

Baca: Respons Ibu Britney Spears Selepas Tidak Menerima Undangan Ke Majlis Perkahwinan