8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood - Page 4 of 8 - Glam Malaysia
8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood

8 Selebriti Asal Kanada Yang Meraih Kemasyhuran Di Hollywood

Jika anda membuat carian selebriti popular dari Kanada, anda pasti akan menjumpai nama yang biasa didengari seperti Justin Bieber, Celine Dion dan Ryan Gosling.

Melainkan jika anda peminat tegar selebriti Hollwood, anda pasti terkejut apabila mendapat tahu beberapa pelakon dan pemuzik terkenal ini juga berasal dari Kanada. Malah kebanyakannya bukan datang dari ibu kota, tetapi bandar kecil di negara itu.

Teruskan membaca untuk ketahui siapakah bintang kelahiran Kanada yang berjaya mencapai kejayaan luar biasa di Hollywood.

4 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Justin Bieber

Penyanyi ini berasal dari Stratford, Ontario dan kampung halamannya kini menjadi lokasi popular yang sering dikunjungi peminat. Dia sentiasa bercakap mengenai zaman kanak-kanaknya di Ontario malah bandar itu pernah ditampilkan dalam dokumentarinya, Never Say Never pada 2011. Dalam satu perkongsian di Instagram pada 2020, dia menulis, “Saya datang dari sebuah bandar kecil di Stratford, Ontario, Kanada. Saya tidak memiliki kebendaan dan tidak pernah didorong oleh wang atau kemasyhuran. Saya hanya meminati muzik.”

artis kanada

Foto: WireImage