Anna Jobling Pintas Ariana Grande Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik 2023 - Glam Malaysia
Anna Jobling Pintas Ariana Grande Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik 2023

Anna Jobling Pintas Ariana Grande Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik 2023

Anna Jobling melakar sejarah sekali lagi apabila tersenarai sebagai 100 Wanita Tercantik 2023 atau 100 Most Beautiful Faces of 2023.

Menerusi undian orang ramai dalam senarai yang dikeluarkan TC Candler dan The Independent Critics itu, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling berada pada kedudukan ke-66.

Aktres dan model ini mengatasi beberapa wanita tercantik dunia seperti Emilia Clarke (100) , Lily Rose Depp (96), Lupita Nyong’o (95), Margot Robbie (90), Emma Watson (83) dan Ariana Grande (79).

Anna Jobling

Tempat pertama milik penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie. Diikuti dengan pempengaruh Uzbekistan, Dasha Taran dan penyanyi Jepun, Minatozaki Sana.

Meerqeen Sertai Anna Jobling

Pelakon gandingan Anna Jobling dalam siri Melur Untuk Firdaus, Meerqeen turut tersenarai dalam 100 Lelaki Terkacak 2023 buat dua tahun berturut-turut. Aktor berusia 23 tahun itu berada pada kedudukan ke-62.

Pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen ini menewaskan beberapa bintang popular dunia. Antaranya Jacob Elordi yang berada di posisi ke-97, Lionel Messi (92), Jason Derulo (88), Robert Pattinson (86), David Beckham (68), Jin BTS (67) dan Sam Heughan (64).

See also
Karl Lagerfeld Beri Sensasi Gaya Berseni Moden

Tangga teratas tahun ini diungguli aktor Wonka, Timothee Chalamet yang telah tersenarai selama enam tahun. Henry Cavill dan penyanyi Hong Kong, Keung To masing-masing berada pada kedudukan kedua dan ketiga.

Senarai 100 Terkacak dan Tercantik ini dimulakan sejak 1990 di mana ia diiktiraf sebagai antara yang paling berprestij di dunia. Pencalonan dibuat berdasarkan undian dan komen yang dihantar peminat ke saluran YouTube rasmi TC Candler. Hanya 100 nama dipilih daripada 300,000 selebriti yang tercalon dari lebih 50 negara.

 

Baca: Kecantikan Anna Jobling Diiktiraf Dunia