Berapa Nilai Kekayaan Sebenar Kate Middleton? - Glam Malaysia
Berapa Nilai Kekayaan Sebenar Kate Middleton?

Berapa Nilai Kekayaan Sebenar Kate Middleton?

Kate Middleton semakin mendapat perhatian selepas meraih gelaran Puteri Wales di samping suaminya, Putera William, pewaris takhta Britain.

Pasangan itu dikurniakan gelaran Putera-Puteri Wales dan mengambil alih peranan baharu mereka selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022.

Walaupun harta peribadi Kate Middleton tidak setanding nilai kekayaannya selepas menyertai keluarga Diraja, tahap kewangannya sebelum bergelar kerabat sudah pun mengagumkan.

Kate Middleton

Foto: Shutterstock

Datang dari latar belakang keluarga berstatus jutawan di mana ibu bapanya memiliki syarikat gergasi Party Pieces, dia mewarisi legasi keluarga yang terlibat dalam bidang perniagaan dan keusahawaan.

Dengan nilai kekayaan RM47 juta menurut Celebrity Net Worth, Kate Middleton memulakan kerjayanya di peruncit fesyen Jigsaw dari 2006 hingga 2007. Dia kemudiannya menyertai Party Pieces yang ketika itu bernilai RM234 juta. Kejayaan perniagaan keluarga itu melonjak selepas perkahwinannya dengan Putera William pada 2011. Kini ia dilaporkan bernilai RM468 juta.

Kekayaan Yang Diperolehi Kate Middleton Daripada Ratu Elizabeth II

Pada September 2022, Radar Online mendedahkan Puteri Wales mewarisi barang kemas bernilai RM515 juta daripada Ratu Elizabeth selepas kemangkatannya. Koleksi ini terdiri daripada 300 perhiasan peribadi baginda.

Foto: Express.co.uk

Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada penghujung hayat Ratu. Perhubungan baginda dan Kate Middleton menjadi semakin rapat beberapa bulan sebelum kemangkatannya. Puteri Wales dikatakan sebagai kerabat kesayangan baginda, sekali gus mencetus kemarahan Permaisuri Camilla.

See also
Datin Nina Ismail Sabri Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric

Radar Online turut mendedahkan Meghan Markle dan anak perempuannya, Lilibet tidak akan menerima sebarang barang kemas peninggalan Ratu. Bagaimanapun menurut laporan, Kate Middleton berhasrat menghadiahkan sebahagian barang kemas mendiang kepada Lilibet agar dia tidak berasa dipinggirkan.

 

Foto: Getty Images

Baca: Berapa Nilai Kekayaan Putera Hussein, Bakal Raja Jordan?