Bicara Peluncuran Elektrik Volvo Cars Bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump
volvo car Malaysia

Bicara Peluncuran Elektrik Volvo Cars Bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump

GLAM Malaysia berpeluang menemu bual bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump mengenai komitmen elektrifikasi Volvo di Malaysia.  

Volvo Car Malaysia meneruskan peluncuran elektrifikasi ke jalanan tempatan dengan rangkaian model Volvo C40 Recharge Pure Elektrik terbaharu. Dengan pelancaran SUV elektrik-sahaja pertama ini, Volvo Car Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan mereka selaku jenama kereta mewah elektrik terunggul di Malaysia.

Volvo C40 Recharge Pure Electric

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, komited terhadap visi kelestarian global yang mampan dan menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030. Mereka juga mahu menjadi syarikat neutral iklim menjelang 2040. Syarikat itu juga merancang untuk 75% daripada hasil penjualan hadir daripada rangkaian Recharge Pure Electric menjelang 2025.

 

Ikuti temu bual GLAM Malaysia bersama Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump mengenai peluncuran elektrifikasi mereka:

 

 

Tahun 2022 sangat mengagumkan buat Volvo, apakah 3 perkara yang menjadi highlight untuk tahun tersebut?

Salah satu daripada highlight untuk 2022 adalah melancarkan peluncuran elektrik Volvo Cars di Malaysia. Ia merupakan momen yang paling membanggakan kerana kami berjaya melancarkan dua buah jentera elektrik-keseluruhan, Volvo XC40 dan C40 Recharge Pure Electric.  Ia merupakan titik penanda yang penting dalam cita-cita elektrifikasi Volvo.

Kedua adalah pelancaran platform Online Sales kami. Ini merupakan inisiatif Volvo Car Malaysia untuk menjual kereta terus kepada pelanggan. Dan dalam masa yang sama menawarkan kemudahan untuk memiliki kereta, lebih-lebih lagi untuk generasi kereta elekstrik baharu.

Dengan kejayaan datipada pelancaran tersebut, kami telah mencapai penjualan tertinggi dan bejaya menutup tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan buat kali ketujuh berturut-turut. Ini sudah pasti highlight tahunan saya yang ketiga. Disember 2022 merupakan bulan yang paling berjaya buat Volvo Car Malaysia di mana kami Berjaya mencatatkan penjualanan melebihi 395 unit untuk kedua-dua model Volvo XC40 dan C40 Recharge Pure Electric. Jumlah yang tinggi ini menandakan rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menjalanigaya hidup elektrik, yang sentiasa menjadi harapan kami sejak pengumuman agenda elektrifikasi kami.

See also
'Road Trip' Yiu Lin Dan BFFs Bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric

 

volvo car malaysia

Berbanding jenama lain, apakah yang membuatkan Volvo selaku pilihan nombor satu dalam kereta elektrik?

Volvo sentiasa menjadi peneraju dalam keselamatan dan kelestarian. Kami sedar akan kesan kelestarian kepada pembuatan kereta dan bagaimana ia dapat mengurangkan impak kepada alam sekitar untuk masa depan yang lebih baik dan selamat. Degan menawarkan jentera elektrik kepada pelanggan, kami dapat memberikan kemudahan kepada mobiliti personal yang mampan, terutamanya kepada mereka yang berhasrat untuk bertukar kepada elektrifikasi untuk kesejahteraaan alam. Mengambil langkah seterusnya untuk gaya hidup lestari dan mendefinisi semula cara pemanduan kereta.

Pada 2021, Volvo Cars telah menandatangani Glasgow Declaration on Zero Emmission Cars and Vans di persidangan perubahan iklim COP26 di UN. Ini merupakan komitmen kami untuk keluar dari kereta yang menggunakan petroleum di pasaran utama pada 2035 dan secara global menjelang 2024. Deklarasi ini selari dengan cita-cita global kami untuk mempunyai jentera elektrik sepenuhnya menjelang 2030 dan menjadi syarikat iklim-neutral menjelang 2024.

Kami adalah syarikat kereta mewah pertama di pasaran Malaysia yang mempunyai plug-in hybrid electric vehicles (PHEVs) yang lengkap. Kami mahu meneraju negara dalam penerimaan gaya hidup elektrik dalam setiap Langkah. Dan langkah pertama yang paling mudah adalah model PHEV kami. PHEV akan memberikan pengguna kehebatan kedua-dua jenis kuasa sebagai transisi kepada jentera elekttrik sepenuhnya. Dan saya merasakan rangkaian kereta elektrik dengan pelan back-up di mana pemandu boleh bertukar kepada kuasa petrol dalam situasi yang tidak diduga atau apabila tiada tempat pengecasan.

Kami juga memasang kereta elektrik di dalam negara di kilang pemasangan tempatan dan merupakan pusat kepada model kereta elektrik kami kepada rantau ASEAN. Menjelang 2025, Volvo Car Malaysia berhasrat untuk mencapai 75% penjualan daripada rangakaian Recharge Pure Electric dan sebelum itu, kami akan menersukan usaha untuk meluaskan peminat kereta elektrik tempatan dengan rangkaian kereta hibrid kami.

Sejak Mei 2022, kesemua jentera hibrid plug-in menampilkan kuasa yang diperbaharui dengan bateri jarak jauh 18.8kWh dan peningkatan jarak sehingga 90km. Selain itu, kedua-dua model elektrik sepenuhnya Volvo XC40 Recharge dan Volvo C40 Recharge, menampilkan kuasa all-wheel-drive dengan jarak melebihi 400 km dalam satu pengecasan, yang menawarkan pemanduan jarak yang lebih jauh tanpa kerisauan.

See also
Bintang Global, Jin BTS, Tamat Latihan Ketenteraan

 

Selain faktor alam sekitar, apakah kelebihan memiliki kereta berkuasa elektrik?

Dengan impak positif kepada alam sekitar, kereta elektrik yang sempurna mempunyai banyak kelebihan dalam pengalaman pemanduan. Ia benar terutamanya apabila berbicara mengenai kekuasaan, teknologi dan keselesaan jentera.

Jenis PHEV kami mempunyai motor elektrik belakang yang menghasilkan 145hp jika dibandingkan dengan 88hp sebelum ini. Kuasa elektrik tambahan ini bermaksud ia merupakan kereta hibrid Volvo yang paling berkuasa. Peningkatan keupayan bateri ini membenarkan pemandu untuk memandu sepenuhnya dengan mod elektrik. Dan Volvo Cars menjangkakan kuasa baharu ini mempunyai potensi untuk mengurangkan emisi CO 2 sehingga 50% di bawah putaran pemanduan Worldwide harmonized Light vehicles Test Procedure (WLTP).

Masa depan untuk syarikat dan pelanggan adalah elektrik sepenuhnya. Volvo C40 Recharge Pure Electric sebagai contoh hadir dengan kuasa elektrik 408hp dan 660Nm tork. Ia mampu memecut dari 0 kepada 100 km/jam dalam 4.7 saat sahaja. Memberikan kuasa yang sebanding dengan kereta sport.

Walaupun dengan kuasa tertinggi jentera elektrik kami, pemandu akan menikmati pengalaman pemanduan yang senyap dengan kuasa elektrik dan keselesaan yang terunggul. Dari keindahan suasana kabin kepada kerusi premium dan teknologi penulenan udara, keselesaan tidak akan tergadai dengan kuasa yang ditawarkan. Volvo XC60 dan Volvo XC90 juga mempunyai casis aktif dengan suspension uadara yang akan sentiasa mengubah ketinggian pemanduan dan mengawal shock absorber untuk meningkatkan kestabilan. Dan memberikan pemanduan dinamik dan terbaik, tambahan mod Off-Road untuk meningkatkan pelancaran jalan.

Teknologi Volvo juga menawarkan fungsi pemanduan intuitif. Dengan peningkatan digital, aplikasi Volvo Cars membenarkan membuka dan mengunci kereta dari jauh, pembersihan dan penyejukan kabin, dan pengecasan. Kereta elektrik Volvo diintergrasikan dengan servis Google Navigation, Assistant dan Play yang pelanggan boleh menikmati pengalaman digiral yang sebenar. Dan model elektrik sepenuhnya secara automatik akan menerima update secara maya agar pelanggan sentiasa diperbaharui pada setiap masa.

See also
GLAM Mengiktiraf 5 Wanita Glamor di Malam Gala Most GLAM 2022

Sebuah kereta Volvo mencerminkan janji kami kepada kebebasan semua untuk bergerak dalam arah yang lebih mampan dan selamat. Ini adalah motivasi disebalik peluncuran elektrik kami – selain menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih baik, selesa dan selamat kepada pelanggan. Kami menghasilkan kereta yang lebih selamat untuk alam sekitar dan dunia.

 

volvo c40 recharge pure electric

Tahniah dengan mencapai peningkatan penjualan tujuh tahun berturut-turut. Apakah harapan anda untuk Volvo Car Malaysia untuk 2023?

Terima kasih, dan ia merupakan kejayaan terbaik untuk menutup tahun 2022. Kami berjaya mencapai peningkatan sebanyak 72% dalam penjualan keseluruhan daripada kombinasi jentera elektrik sepenuhnya dan hibrid elektrik kami.

Volvo Cars mahu melihat peningkatan dalam penjualan jentera elektrik yang selari dengan komitmen 2025. Serta mencapai 75% penjualan daripada rangkaian Recharge. Kami akan terus memulakan dan menggalakkan pertukaran kepada jentera elektrik. Sama ada sebagai langkah pertama melalui model hibrid atau elektrik sepenuhnya. Dan kami menyaksikan peningkatan dalam segmen ini selepas pelanggan berasa lebih terbuka dengan perubahan pada kelestarian mobiliti personal.

 

Apakah berbezaan kereta elektrik dari segi penyelenggaraan dan servis?

Oleh kerana kereta elektrik sepenuhnya tidak mempunyai enjin petrol, pemilik menikmati tempoh servis yang lebih lama. Iaitu setiap 30,000 km atau 12 bulan dan jumlah bahagian kereta yang lebih kecil. Model dengan enjin petrol, termasuklah model hibrid kami mempunayi tempoh servis setiap 20,000 km atau 12 bulan. Untuk menggalakkan lebih ramai untuk mengambil langkah elektrik pertama, awal tahun ini kami memberikan pakej servis lima tahun secara percuma. Ia untuk kereta hibrid Volvo terbaharu di Malaysia. Dikenali sebagai VSA5+, pakej servis kereta yang komprehensif ini merangkumi lima servis pertama, termasuklah item dalam dan kos buruh.

 

Foto: Volvo Car Malaysia

Baca lebih lanjut: ‘Road Trip’ Yiu Lin Dan BFFs Bersama Volvo C40 Recharge Pure Electric