Buah Tangan Istimewa Daripada Afgan Buat Peminat Di Malaysia - Glam Malaysia
Buah Tangan Istimewa Daripada Afgan Buat Peminat Di Malaysia

Buah Tangan Istimewa Daripada Afgan Buat Peminat Di Malaysia

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bintang Indonesia yang mencipta fenomena di Malaysia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di negara ini tidak lama lagi.

Hampir setahun mengadakan konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur, penyanyi berusia 34 tahun itu akan menggegarkan ibu kota sekali lagi pada 2 Disember akan datang. Bertempat di Plenary Hall, KLCC, konsert anjuran Renjana Idea itu bakal diiringi oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

Afgan Live In Concert With MPO

Pemilik nama Afgansyah Reza itu baru sahaja selesai menjayakan Afgan Evolution Live In Jakarta pada 1 Julai lalu. Akuinya, dia berasa amat teruja untuk menghiburkan peminat setia di Malaysia yang tidak jemu memberi sokongan kepadanya sejak 15 tahun lalu. Penyanyi dan pelakon itu telah beberapa kali mengadakan konsert di negara ini.

“Tidak dinafikan Malaysia ibarat rumah kedua buat kerjaya muzik saya. Hampir semua lagu saya diterima baik oleh peminat. Setiap kali saya menjayakan konsert di sini, peminat tidak henti-henti memberi sokongan padu. Itu satu penghormatan buat saya. Sejujurnya saya juga tidak menjangka penganjur sekali lagi memilih saya untuk mengadakan konsert selepas Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember lalu. Namun saya percaya mereka ada alasan tersendiri. Saya juga gembira bekerjasama dengan mereka.”

See also
Amber Heard ‘Kantoi’ Menipu Isu Keganasan Rumah Tangga