Datin X: Social Climber Tersalah Sondol - Glam Malaysia
Datin X: Social Climber Tersalah Sondol

Datin X: Social Climber Tersalah Sondol

Penyakit jiwa yang ada pada social climber bukan suatu yang boleh dirahsiakan. Ia selalunya ditayang terang-terangan di media sosial dek desakan nafsu yang kuat hanya kerana dahagakan darjat dan nama.

Suatu petang yang aman, sedang Datin X bersama dua lagi teman rapat menghirup kepanasan secawan teh di TWG, The Pavilion. Datang seorang lagi teman Datin X bersama seorang wanita berwajah familiar. “Macam pernah lihat, siapa ya?,” tanya Datuk Seri Willy kepada Datin X. Sambil mengecilkan biji mata dan memandang dari atas ke bawah, barulah Datin X teringat dialah wanita yang kami bertiga jumpa minggu lalu bersama selebriti terkenal, Yang Azira.

Kami bertiga memandang wanita itu dari kasut tumit tinggi 5 inci hinggalah kepada rambutnya yang beralun lembut didandan rapi. You can imagine that she’s trying really hard to look that good. Namun tidak dapat dinafikan, setiap kali bertembung, dia bergaya konsisten dan tampil bersiap tanpa cacat cela! Tutur katanya yang sentiasa manis, walaupun ada kalanya berbunyi sedikit bimbo namun masih boleh diterima.

See also
GLAM Reviu: Percutian Lebih Mudah Bersama RoamingMan

Siapa dia? Namanya, Ayra. Nama sebenar atau nama manja Datin X kurang pasti. Adakah dia definisi sebenar apa yang semua orang gelarkan ‘social climber di pasca Covid-19’? Siapa Ayra sebenarnya dan bagaimana agaknya dia boleh berada disekeliling orang-orang kaya dan ternama Malaysia? Society seakan mudah menerima kehadirannya.

Pautan berkaitan: Datin X: Puan Seri Tak Sedar Diri Bermenantukan Call Girl

Ya, mungkin kerana socialite yang ada sudah ‘pencen’ dari menghadiri majlis berprestij juga acara fesyen dan kecantikan tempatan. Pelapis-pelapis mereka pula sibuk bermain dengan TikTok dan tidak lagi ghairah membeli. Yang mereka mahu adalah wang dari kandungan media sosial yang dihasilkan. Lebih mudah buat duit dan barangan berjenama terus datang ke hadapan muka secara percuma!

Adakah dia definisi sebenar apa yang semua orang gelarkan ‘social climber di pasca Covid-19’?

Sudah menjadi satu fenomena bilamana tauke produk timbang kilo atau pelabur mata wang sahaja yang boleh berbelanja sakan. Setelah itu mereka rekrut anak-anak buah yang mahu cepat kaya agar dapat menyumbang lebih dari kekayaan sedia ada. Golongan inilah yang akan membeli barangan mewah dan mula show off. Pasti ada dari kalangan following anda di Instgaram punya perangai sebegini.

See also
5 Gaya Santai & Simple Mimi Lana Untuk Aura Cool-Chic

Manusia jenis ini akan memuat naik kandungan media sosial mereka. Sama ada ia terang-terangan ataupun hanya sipi-sipi, item mewah paling berharga yang ingin mereka tonjolkan pasti dapat menangkap mata permerhati mereka. Mengapa Datin X bercerita panjang perihal kelompok yang satu ini? Mestilah ada kaitanya dengan Ayra, wanita yang berjaya menempatkan dirinya di manamana acara dan perjumpaan penting orang ternama Kuala Lumpur. Baik selebriti ataupun perjumpaan minum petang Datin KL, pasti ada kelibatnya di mana-mana. Social climber alaf baru ini tahu bila dan di mana dia perlu menonjolkan diri. Tahniah, Ayra. Anda memang sedang hangat diperkata dan diperhatikan.

Datin X difahamkan, Ayra merupakan anak buah adik beradik billionaire yang punya syarikat besar dan untung berlipat kali ganda. Mana tidaknya, dia kini mampu miliki glam team sendiri untuk mendandaninya setiap kali keluar ‘beraksi’. Barangan berjenama melekat di tubuhnya —sniker baharu Ferragamo, jam tangan Hublot diapit tas tangan terkini Prada. Semuanya pasti menangkap perhatian ramai apatah lagi semburan Jadore yang dipilihnya boleh bikin jantung lelaki bergetar. Datin X tertanya-tanya, benarkah dia berduit sehingga boleh berbelanja sebegitu rupa?

See also
New Age Debutantes: Marisa Soraya Mazlan

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM OKTOBER 2022

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa