Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul - Page 9 of 9 - Glam Malaysia
Istanbul

Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul

9 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

CADANGAN TEMPAT MAKAN WARGA MALAYSIA PATUT SINGGAH!

  1. RESTORAN MATBAH

Inginkan masakan mewah Uthmaniyyah, restoran Matbah menyediakan variasi makanan yang mengambil resipinya dari dapur istana. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandar lama Istanbul. Restoran ini juga pernah menerima anugerah Michelin Guide Türkiye.

  1. RESTORAN ÇIYA SOFRASI

Çiya Sofrası terletak di Pasar Kadıköy yang sibuk di sebelah Asia Istanbul. Syurga pencinta makanan. Dimiliki dan dikendalikan oleh Chef Musa Dağdeviren, perkara yang menjadikan Çiya Sofrası unik apabila setiap resipi dikumpul dari seluruh Turki, dia kerap menawarkan hidangan serantau yang luar biasa.

Inilah kembara 3 hari paling bermakna buat saya. Segala penat lelah dengan kepadatan jadual semuanya berbalas!