Dipuji Dalam The Devil Wears Prada, Hakikatnya Anne Hathaway Pilihan Ke-9? - Glam Malaysia
Dipuji Dalam The Devil Wears Prada, Hakikatnya Anne Hathaway Pilihan Ke-9?

Dipuji Dalam The Devil Wears Prada, Hakikatnya Anne Hathaway Pilihan Ke-9?

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Peminat Anne Hathaway terkesima apabila bintang itu mendedahkan bahawa dia bukanlah pilihan pertama pengarah filem The Devil Wears Prada untuk memegang watak Andy Sachs.

Hathaway membongkar ‘rahsia’ tersebut ketika menjadi tetamu dalam rancangan RuPaul Drag Race. Dalam episod tersebut, dia berkongsi nasihat kepada para peserta yang diminta melakukan cabaran bertema muzikal.

Hathaway sememangnya mempunyai pengalaman luas dalam filem muzikal kerana pernah terlibat dalam adaptasi muzikal Broadway, Les Miserables.

Salah seorang peserta di dalam rancangan tersebut bertanya adakah pelakon itu pernah berjuang habis-habisan untuk apa-apa peranan yang pernah dibintanginya sebelum ini.

Hathaway mengejutkan semua hadirin apabila mendedahkan bahawa watak ikonik dalam The Devil Wears Prada itu pada asalnya bukanlah miliknya.

“Saya akan berkongsi satu rahsia: Saya adalah pilihan kesembilan untuk peranan utama dalam Devil Wears Prada. Tetapi saya berjaya mendapat watak itu. Jadi teruskan berjuang, jangan menyerah kalah,” katanya.

The Devil Wears Prada' and the Retail Orgy in Film | JSTOR Daily
Foto: 20th Century Fox