Fleksibiliti Dan Versatiliti, Taruhan Samsung Galaxy Z Fold5 - Glam Malaysia

Fleksibiliti Dan Versatiliti, Taruhan Samsung Galaxy Z Fold5

Buat anda yang bekerjaya dan mahukan telefon pintar penuh fungsi, Samsung Galaxy Z Fold5 adalah jawapannya!

Memiliki rupa bentuk inovatif lagi seimbang yang dipertingkatkan dengan keistimewaan Flex Hinge baharu serta keupayaan kamera gred pakar FlexCam yang unik, Samsung Galaxy Z Fold5 ini mampu memberi pengalaman peranti boleh-lipat yang tiada tandingan. Malam tadi berlangsungnya pelancaran peranti Galaxy boleh-lipat generasi kelima. Yang pastinya peranti peneraju industri ini menawarkan pengalaman unik untuk setiap pengguna dengan reka bentuk yang padat dan versatil. 

Samsung Galaxy Z Fold5

“Samsung sedang merevolusikan industri mudah alih dengan peranti boleh lipat yang kini menetapkan lagi memperhalusi piawaian pengalaman pengguna,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Saban hari, semakin ramai orang kini memilih peranti boleh lipat kami yang menawarkan pengalaman yang yang tidak terdapat pada mana-mana peranti lain. Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 ialah peranti terbaharu yang membuktikan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan teknologi inovatif.”

See also
Trend - Solusi Udara Segar Atasi Masalah Jerebu

Samsung Galaxy Z Fold5: Kuasa produktiviti cemerlang dengan skrin besar

Galaxy Z Fold5 menawarkan paparan yang mengasyikkan menerusi skrin bersaiz besar, bateri tahan lasak, dan menyampaikan prestasi paling berkuasa dalam siri Galaxy Z dalam reka bentuk yang paling nipis dan ringan dalam siri peranti Fold.

Galaxy Z Fold telah menerajui perkembangan produktiviti harian melalui pengalaman skrin besar yang teguh, menganjak daripada ciri Multi Window  dan App Continuity kepada pelbagai ciri termasuk Taskbar, seret dan lepas dan pengoptimuman aplikasi pihak ketiga. S Pen Fold Edition yang diperkenalkan pada generasi ketiga Fold pada 2021, juga telah diperhalusi untuk memberi pengalaman menulis yang unggul pada Galaxy Z Fold5. Ciri dan alatan ini disatukan untuk menyampaikan prestasi produktiviti yang berkuasa pada skrin besar yang membolehkan pengguna menyelesaikan tugas penting dari mana-mana sahaja.

Ciri Taskbar yang dipertingkatkan membolehkan aktiviti produktiviti secara dinamik dengan membenarkan penggunaan pelbagai aplikasi yang kerap digunakan secara bergilir dengan pantas dan lancar. Kini, kerja boleh dilengkapkan dengan lebih cekap sekali dengan penggunaan sehingga ke-empat aplikasi dengan serentak. Gerak isyarat sentuhan yang termaju iaitu two handed drag and drop juga boleh meningkatkan produktiviti dengan kebolehan mengalih kandungan antara aplikasi dan skrin dengan hanya satu sentuhan diperlukan untuk menahan imej dalam Galeri Samsung dan sementara aplikasi Samsung Notes dibuka dengan jari yang lain. Kemudian, imej tersebut boleh diseret dari satu aplikasi ke aplikasi yang seterusnya. Dengan ciri hidden pop-up, suatu aplikasi boleh terus berfungsi dengan diam di latar belakang, misalnya dengan membenarkan pengguna untuk menonton kandungan video dalam skrin penuh di samping bersembang dengan rakan dalam tetingkap timbul yang terapung di sisi skrin.

See also
Amy Search Dikurnia Darjah Pangkuan Seri Melaka

Samsung Galaxy Z Fold5

S Pen Fold Edition  baharu yang lebih langsing  lagi padat memudahkan pencatitan nota dan pencetusan idea dengan keselesaan yang dibawa oleh bentuknya yang mesra poket. Sarung Slim S Pen Case yang setebal sarung Fold biasa, yang juga tersedia dalam pelbagai gaya dan warna, menawarkan kepada pengguna kemudahan membawa S Pen mereka dengan penuh bergaya. Dengan kebolehan membolehkan pengguna menghabiskan lebih banyak tugasan semasa dalam perjalanan, Skrin Utama 7.6 inci menjamin tontonan tanpa gangguan pada paparan yang cukup luas, supaya pengguna boleh menikmati kandungan kegemaran mereka samada dalam orientasi potret ataupun landskap. Selain itu, kecerahan puncak telah ditingkatkan lebih daripada 30%, sehingga 1750 nits, untuk pengalaman tontonan yang optimum di luar walaupun di bawah silau cahaya matahari yang terang.

Samsung Galaxy Z Fold5

Nikmati pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan pada skrin telefon pintar Galaxy terbesar berkat pemproses Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy yang meningkatkan kualiti grafik dan menggunakan AI untuk mendayakan permainan dinamik dan fungsi berbilang permainan. Galaxy Z Fold5 boleh mengendalikan sesi permainan maraton dengan cukup cekap disebabkan sistem penyejukannya yang canggih, menyurai haba dengan lebih bijak untuk mengurangkan kelembapan tanpa mempengaruhi prestasi.

See also
10 Bintang Popular Dari Bollywood Ke Hollywood

 

Pautan Berkaitan: SAMSUNG Memperkenalkan Peranti Serbaguna Galaxy Z Fold4