Foto & Nama Anakanda Tengku Mahkota Kelantan Dikongsi Bersama Peminat Diraja - Glam Malaysia
Foto & Nama Anakanda Tengku Mahkota Kelantan Dikongsi Bersama Peminat Diraja

Foto & Nama Anakanda Tengku Mahkota Kelantan Dikongsi Bersama Peminat Diraja

Kehidupan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra semakin berseri dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Tanggal 17 Julai lalu, putera sulung Tengku Mahkota Kelantan selamat dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Khabar gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di laman Instagram baginda.

Tengku Mahkota Kelantan

Foto: Instagram

“Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat serta inayahnya. Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan telah selamat melahirkan anakanda pertama pada 17 Julai 2023M (Isnin) pagi, bersamaan 28 Zulhijjah 1444H. YTM Che Puan Mahkota Kelantan serta Paduka Anakanda berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.”

Tambah kenyataan itu, “YTM Tuanku mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga kerja HUSM yang terlibat dan seluruh rakyat jelata yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku berdua.”

Pewaris Tengku Mahkota Kelantan Diperlihatkan Buat Kali Pertama

Genap hari ketujuh kelahiran, pasangan Diraja itu mendedahkan nama dan foto pertama anakanda mereka kepada peminat.

“Dengan limpah perkenan YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan menamakan Putera pertama YTM Tuanku seperti berikut: Tengku Muhammad Johan Petra Bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Semoga Allah SWT memberi Keafiatan, Taufik dan Hidayah serta dipermudahkan segala urusan YTM Tengku Mahkota Kelantan, YTM Che Puan Mahkota Kelantan serta Anakanda.”

tengku mahkota kelantan

Foto: Utusan

Che Puan Mahkota Kelantan turut berkongsi foto sama di Instagram miliknya berserta kapsyen ringkas, “Welcome to the world baby Johan”. Che Puan Sofie berkongsi berita kehamilan bersama peminat Diraja pada Mac lalu dengan menulis, “Mac 2023 – Dengan rasa sukacita saya dan suami ingin mengumumkan bahawa kami bakal menimang cahaya mata pertama. Kelahiran dijangka pada bulan Julai 2023.” Pasangan Diraja itu disatukan sebagai suami isteri dalam satu istiadat tertutup pada 19 April 2019.

See also
Taylor Swift Julang Anugerah Ikon, Anggun Dengan Persalinan Versace

Foto: Instagram

Baca: Kenali Cik Puan Sofie Louise Johansson, Suri Hati Tengku Mahkota Kelantan