Galaxy Z Flip3 5G: Lima Sebab Perlu Miliki! - Glam Malaysia

Galaxy Z Flip3 5G: Lima Sebab Perlu Miliki!

It’s bold and beautiful! Samsung Galaxy Z Flip3 5G mengembalikan memori era telefon flip cuma kini dikemaskini dengan teknologi canggih!

The Y2K trend memang semakin hangat menjengah kembali. Mengikut selera semasa, telefon flip yang dahulunya popular kembali mendapat perhatian umum. Selari dengan ini, memang tepat pada masanya Samsung melancarkan generasi baharu telefon pintar Flip mereka. Samsung Galaxy Z Flip3 5G adalah gajet chic yang paling terkini diperkemas dengan teknologi paling canggih. Juga, bangga dengan tanda harganya yang mesra pengguna.

Galaxy Z Flip3 5G

LIMA FAKTA PENTING SAMSUNG GALAXY Z FLIP3 5G

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

KALIS AIR DENGAN TEKNOLOGI IPX8

Galaxy Z Flip3 5G

Apa yang selalu menakutkan adalah apabila telefon pintar kita disimbah dengan air. Tapi tidak perlu gusar kerana telefon pintar lipat ini diperkasa dengan teknologi IPX8! Ia boleh masuk ke dalam air sedalam 1.5 meter selama 30 minit!