Galaxy Z Fold3 5G: Cipta Produktiviti dan Hiburan Terunggul - Glam Malaysia
Galaxy Z Fold3 5G: Produktiviti dan Hiburan Terunggul

Galaxy Z Fold3 5G: Cipta Produktiviti dan Hiburan Terunggul

Perubahan Baharu dalam Inovasi Mudah Alih: Kehadiran Galaxy Z Fold3 5G Merungkai Dunia Anda!

Jika anda mengimpikan peranti utama untuk produktiviti dan hiburan yang mempesonakan, Z Fold3 adalah peranti berinovasi dengan kuasa multi-tasking sebenar! Peranti generasi ketiga yang menentukan kategorinya tersendiri ini menggabungkan penambahbaikan utama seperti yang ditunggu-tunggu peminat telefon pintar boleh lipat Samsung—menjadikannya lebih tahan lama dengan pengalaman yang lebih optimum daripada rekaan sebelumnya.

Buka lipatan Z Fold3 untuk tenggelam bersama pengalaman menghiburkan seperti menonton teater dan menikmati kandungan kegemaran anda pada Paparan Infinity Flex 7.6-inci tanpa gangguan—hasil teknologi kamera paparan Bawah terbaharu. Dengan piksel minimum yang diaplikasikan di atas lubang kamera, Z Fold3 memaparkan kawasan tontonan tambahan agar anda mendapat kanvas yang tidak terputus! Dengan teknologi paparan Eco terbaharu yang diterapkan pada skrin, ia 29% lebih cerah dan hanya menggunakan sedikit tenaga. Alami pengalaman menatal yang lebih lancar dan interaksi peranti lebih pantas dengan kadar segar semula adaptif Super Smooth 120Hz pada kedua-dua Skrin Utama dan Penutup.

See also
GLAM FIRST: Galaxy S21+ Janjikan Gaya Lebih Epik!

Buat pertama kali, siri Galaxy Z membawa teknologi siri Note kesayangannya ke Z Fold3—fungsi S Pen. Pengguna dapat memanfaatkan ciri-ciri S Pen yang dioptimumkan sepenuhnya pada skrin boleh lipat. Pengalaman ini amat sesuai untuk individu yang multi-tasking dan aktif. Pada Skrin Utama Z Fold3 yang besar, ia lebih mudah untuk pengguna mencatat nota semasa membuat panggilan video atau menyemak senarai tugasan sambil membaca e-mel, dan Z Fold3 juga dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti mereka dengan menggunakan S Pen kegemaran ramai. S Pen untuk Z Fold3 terdapat dalam dua pilihan: S Pen Fold Edition dan S Pen Pro11. Kedua-duanya mempunyai hujung Pro yang direka khas dan mudah ditarik semula dengan teknologi had daya untuk melindungi Skrin Utama Z Fold3. Ini adalah pengalaman S Pen terbaik Samsung, ia memastikan aktiviti mencatat nota dan menghantar mesej menjadi pengalaman yang lancar dan intuitif.

Untuk anda yang mementingkan produktiviti juga gemar menikmati ciri-ciri mod Flex yang dipertingkatkan pada Z Fold3, anda akan lebih teruja bilamana boleh melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa termasuk menjawab panggilan video pada bahagian atas skrin sambil memeriksa nota mesyuarat di bahagian bawah. Dengan Multi-Active Window12 yang diperbaharui pada Z Fold3, ia lebih mudah untuk menonton rancangan makan malam sambil memeriksa jadual kalendar, semuanya boleh dilakukan pada skrin besar peranti ini.

See also
Lokasi Makan Tawar Diskaun Sempena #PRU15

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil jalan pintas dan membuka semula aplikasi dengan cara yang sama hasil penambahbaikan App Pair. Di samping itu, ada dapat menggunakan Taskbar13 baharu Z Fold3 untuk menukar aplikasi dengan cepat tanpa perlu kembali ke layar Utama. Menarik!

Z Fold3 dibina dengan reka bentuk berkilat, nipis dan lebih ringan agar lebih mudah dibawa berbanding edisi sebelumnya. Ia hadir dengan tiga pilihan warna klasik: Phantom Black, Phantom Green, dan Phantom Silver.

Pautan berkaitan:Tempahan Awal Peranti Samsung Dibuka Sehingga 21 September Ini!