GLAM HIJAB 2022, Profil Nur Amirah - Glam Malaysia

GLAM HIJAB 2022, Profil Nur Amirah

PENGARANG RENCANA & ARAHAN SENI : ZUHAIRIE SAHROM, GAMBAR & KONSEP : EDMUND LEE@ONE3FOURSTUDIO

15 Soalan bersama NUR AMIRAH, 32, Usahawan & Pengasas Kayra Health & Beauty dan bynuramirah

“Lelaki banyaknya tidak boleh melihat wanita lebih hanya kerana menuruti idea serta  konsep ‘kelakian’ yang harus ditepati. Konsep klasik lelaki alfa ini tidak lagi relevan, sebaliknya pasangan anda harus saling mengangkat, menyokong antara satu sama lain.” — Nur Amirah

Apakah perkembangan terkini Amirah?

Sekarang kita mahu mengeluarkan skrub muka, himpunan tudung mahu dibanyakkan lagi dari segi material kerana Amirah mahu fokus dengan koleksi tudung yang pelbagai. Kami pernah buat shawl tapi permintaan tidak sehebat tudung bawal. Itu sudah membentuk identiti kami dan kami sedang menekuni jenis material serta saiz kerana bercadang untuk memperkenalkan label pakaian yang masih dalam proses pembangunan produk.

Mengapa memilih untuk menjadi usahawan?

Saya sudah mula memegang berus dan bersolek sejak di zaman sekolah menengah lagi. Bila sudah mempunyai akaun Facebook, rakan-rakan serta para pengikut bertanyakan apakah produk yang Amirah pakai. Secara tidak sengaja saya mula mempromosikan produk yang saya guna kala itu. Bertahun berlalu, Amirah sedar sudah tiba masa untuk membina empayar atau bisnes kecantikan sendiri. Bisnes saya didorong seratus peratus dengan minat dalam lapangan kecantikan langsung berpunya produk termasuk bedak asas, serum, lip matte, supplement K Glow, pelitup muka dan henna terjual di bawah Kyra Health & Beauty. Kemudian Amirah memperluaskan bisnes dengan menjual tudung bawal di bawah label By NurAmirah.

Kongsikan sedikit latar belakang empayar kecantikan Amirah?

Produk Amirah mula memasuki pasaran pada tahun 2014, walau bagaimanapun pada tahun 2018 saya menjenamakan semula bisnes kepada Kyra. Kesemua produk kami diperbuat sepenuhnya secara lokal dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Tapi kami kena ada usaha yang lebih kerana persainggan agak sengit di antara jenama lokal masa kini. Kami memasarkan produk tanpa modal, tidak menerapkan paparan iklan di laman sosial seperti di Facebook kerana jenama kami lebih banyak kepada personal branding. Apa yang saya pakai, saya promosikan. Saya adalah testimoni kepada produk saya. Para pengikut saya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan rata-ratanya adalah remaja. Ini bermakna harga kami perlulah dalam rangkaian harga mampu milik.

See also
Galeri Seni Terpanjang di Dunia : Stesen Metro Stockholm

Apakah cabaran yang Amirah depani sewaktu mula berniaga?

Haters, tekanan kesihatan mental, pengurusan aliran tunai adalah antara cabaran berbisnes. Kena bijak menjaga aliran tunai kalau tunggang langgang binasa nanti… Dalam pada masa yang sama kita bakal dipengaruhi dengan cara atau idea kehidupan orang sekeliling yang terbias mewah. Kita perlu banyakkan bersabar! Produk yang dikeluarkan juga adalah antara cabarannya, kita mahu menampilkan keunikan yang tersendiri. Kadang kala idea kita tidaklah sehebat orang lain, demikian kita memerlukan team work yang hebat untuk memerah idea bersama.

Dalam banyak-banyak proses berniaga, apakah yang paling Amirah gemari?

Proses yang saya suka bila produk sudah menjadi dan tibalah masa untuk mencuba keberkesanannya. Testimoni untuk diri saya yang saya suka. Sekiranya produk itu menjadi, rasa diri begitu puas dan sekiranya tidak menjadi kena teruskan menggali. Tempoh percubaan kesemua produk kami mengambil masa dari enam bulan sehingga setahun. Ia bergantung kerana saya adalah individu yang susah untuk membuat keputusan. Risau, sangsi terhadap produk sendiri. Selain itu saya gemar membuat pembungkusan untuk pos. Ia begitu terapeutik kerana dari dahulu mula berniaga, Amirah buat sendiri semuanya. Agen saya juga banyak memainkan peranan, walaupun tidaklah begitu banyak tetapi kesemua mereka adalah tulang belakang yang mendorong bisnes untuk berkembang dan memercayai keberkesanan setiap produk.

Apakah yang unik tentang bisnes Amirah?

Bila mahu berbicara mengenai ramuan, jenama-jenama yang sedia ada dalam pasaran menggunakan bahan yang sama. Apa yang buat jenama saya unik adalah saya setia dengan produk saya. Apa jua produk yang Amirah jual, Amirah pakai mengikut cita rasa dan jiwa tersendiri.

See also
Puteri Fazura, Fatima Dikurniakan Rantai Berlian Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Apakah nasihat yang bakal Amirah berikan kepada individu yang ingin berjinak dalam dunia keusahawanan?

Kena berani dan konsisten. Jangan cepat berputus asa dan jangan sekali punya pemahaman bila buat produk terus menjadi. Risiko dia sangat besar dan harus pandai mendepani masalah yang bakal tiba. Kena ada semangat, minat dalam menciptakan atau merencanakan apa pun.

Sukses?

Sukses adalah bila the more you give, the more you receive. Orang yang berjaya adalah bila orang sekelilingnya turut sama berjaya.

Apakah ciri-ciri usahawan yang baik?

Sebagai seorang wanita juga merupakan seorang muslimah kita perlu memberi manfaat kepada mereka. Ertinya, bila you berniaga you kena membahagiakan pembeli dengan apa yang you tawarkan. Amirah jual tudung, saya bahagia bila melihatkan orang memakai tudung seperti mana cara yang saya pakai. Benda itu buat I tenang dan bahagia. Contoh paling senang adalah saya jual skincare, bila you pakai skincare ia berkesan untuk you. Kalau tidak berkesan you suarakan kepada kami dan kita bakal cuba sehabis baik untuk menemukan jawapan. It’s two way communication. Itu adalah ciri usahawan yang baik, dan bila menerima aduan jangan pula mendiamkan diri dan tidak mempedulikan pengguna.

Apakah yang Amirah faham mengenai konsep seorang lelaki?

Kebanyakkan kaum lelaki resah melihatkan seorang wanita itu berjaya. Lelaki banyaknya tidak boleh melihat wanita lebih hanya kerana menuruti idea serta konsep ‘kelakian’ yang harus ditepati. Konsep klasik lelaki alfa ini tidak lagi relevan, sebaliknya pasangan anda harus saling mengangkat, menyokong antara satu sama lain. Sebagai seorang perempuan kita perlu berani dan bijak berdikari, itu benda yang Amirah selalu katakan buat kesemua wanita di luar sana. Sekalipun sudah dinikahi, you perlu ada income sendiri, walaupun tidak bekerja. Bila suami memberikan wang simpan dan berbelanja mengikut kemampuan. Untuk diri Amirah, saya pegang prinsip itu. Kita wanita kena cari duit dan kena ada duit sendiri. Tidak banyak tidak mengapa, yang penting harus berusaha dan gigih untuk mencari rezeki lebih.

See also
S Pen Galaxy S22 Ultra: Menguasai Produktiviti dan Kreativiti

Kongsi dengan GLAM perjalanan berhijab Amirah

Sebenarnya saya baru sahaja memakai hijab pada tahun 2012 kalau tidak silap. Kenapa saya pakai kerana orang sekeliling sudah mula memakainya. Satu lagi adalah kerana saat menjalani praktikal di Telekom Malaysia di Kedah; waktu itu semua wanita di pejabat memakai tudung. Kita rasa diri agak outstanding, mulai dengan memakai seperti selempang; setahun kemudian mula menutup secara keseluruhan. Menutupi dada juga memakai stokin.

Sebarang stigma dan diskriminasi terhadap Hijabi yang ingin diubah..

Tudung itu adalah benda yang wajib, tapi orang selalu salah erti. Pakai tudung tapi… jangan menggunakan ‘pakai tudung’ untuk mengolah bicara. Berhijab tidak semesti membuat seorang itu baik umpama malaikat. Contohnya Kak Amirah pakai tudung labuh tapi dia gelak kuat. Wanita bertudung tidak semestinya ayu, baik atau sopan santun. Semua ini adalah proses, you kena faham semua orang mendapat hidayah itu menerusi proses. Proses belajar memelihara imej dengan cara yang lebih sempurna saban hari.

Terangkan gaya peribadi anda…

Stail saya memakai tudung tudung bawal menutupi dada, gemar menggayakan tudung rona putih dan memakai stokin. Memadukan nuansa moden dalam busana muslimah. Amirah suka memakai two piece untuk persalinan harian seperti blaus dan skirt labuh kerana lebih simple. Dress polos hanya ditampilkan kala menghadiri acara atau mungkin berliburan.

Best Beauty Item

Amirah adalah seorang individu yang suka mencuba dan selesa menggunakan pelbagai jenama. Saat ini bedak asas Kayra dipakai bersama bedak asas dari Make Up For Ever HD Skin yang terbaru. Maskara Silkygirl Lash Prism murah dan berkualiti, untuk kening pula saya pakai MAC. Pemerah pipi dari Clinique adalah wajib dan bedak compact Fenty Beauty is the best for now!