Datin Adzliana Hasan: Perjuangan Sang Wanita - Glam Malaysia
Datin Adzliana Hasan

Datin Adzliana Hasan: Perjuangan Sang Wanita

Menerajui beberapa syarikat berbeza sifat perniagaan, Datin Adzliana Hasan semakin mendaki nama populariti di kalangan pencinta fesyen dan dunia usahawan ibu kota.

Saat pertama kali saya melihat wajahnya menghiasi papan-papan iklan Usanita di lokasi-lokasi strategik sekitar Lembah Klang, sering terdetik di sanubari siapakah wanita ini dan apakah Usanita itu sendiri. Lantas apa bila di minta menemubual Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan bagi isu kali ini mencetuskan rasa ingin tahu tambahan pula sehari sebelum kita berpuasa tahun ini, hantaran di media sosial menyaksikan salah satu dari jenama miliknya Amber KL mengadakan acara pertunjukan fesyen yang dihadiri oleh ramai pereka lokal juga selebriti dan sosialit kota. Semangat yang dimiliki oleh wanita yang lebih mesra dipanggil Datin Nana Hasan menyaksikan dia hadir awal 30 minit pada hari penggambaran dengan padanan Dior head to toe bersedia untuk dipotretkan. Dengan koleksi Amber KL yang terbaru hadir sebagai pilihan busana buat penggambaran hari ini, jelas dia yakin untuk terus melakar setiap langkah mengangkat lebih ramai usahawan dan rakan strategik untuk berjaya bersama-sama melalui idea dan strategi yang dimilikinya.

See also
GLAM Profil: Melinda Looi

Busana Amber dan barang kemas DeGem

Membuka sesi bual bicara, saya mengajukan terus kepadanya apakah itu Usanita dan mengapa dia memilih untuk menubuhkannya. “Usanita Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menghubungkan badan kerajaan juga pihak korporat kepada usahawan yang tergolong dalam kategori B40 dan M40. Ini kerana golongan ini merupakan diantara yang paling terkesan saat dunia dilanda pandemik Covid-19 lalu. Perniagaan yang diusahakan ada yang sehingga gulung tikar ketika menempuh situasi sukar ketika itu. Tujuan asal penubuhannya adalah memberikan peluang kepada kami untuk berbakti kepada semua orang kerana golongan yang mempunyai pendapatan bulanan turut terkesan secara langsung dan tidak langsung. Apa yang kami lakukan di Usanita adalah memberi semangat kembali kepada semua golongan yang terkesan dengan membina semula perniagaan dan kehidupan melalui jaringan kenalan yang saya miliki. Ia menjadi platform komuniti IKS dan usahawan berkumpul.”

Busana Amber dan barang kemas DeGem

“Usanita menjadi lapangan menyokong antara satu sama lain dalam menaikkan lagi perniagaan yang mereka miliki. Biarpun diantara ahli memiliki asas perniagaan yang berbeza, namun mereka masih boleh saling bertukar data perniagaan. Komuniti kami ini dinamakan Perintis Usanita. Program yang kami sediakan di Usanita ini turut dianjurkan bersama rakan strategik dari pelbagai sektor korporat dan kementerian yang terlibat. Kami turut menawarkan khidmat kepada golongan belia yang tidak berminat untuk meneruskan pengajian di dalam bidang akademik tetapi berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan dengan skil yang mereka miliki.”

See also
GLAM Profil: Fariha Razak

Baca lanjut dalam GLAM Mei 2023.

Artikel berkaitan: Merlissa Zainal: Face of Beauty