GLAM Sejenak Bersama Sharifah Rose, Wajah Muka Depan GLAM Ogos 2023

GLAM Sejenak Bersama Sharifah Rose, Kongsi Pembelian Terkininya Bulan Ini

GLAM Sejenak Bersama kali ini kembali bersama Sharifah Rose, wajah yang menghiasi muka depan isu GLAM Ogos 2023. 

Kami bertanyakan pelbagai soalan kepada wanita yang sentiasa tampil ceria ini. Antaranya, bagaimanakah perasaan Sharifah Rose apabila diberi peluang untuk menghiasi muka depan majalah GLAM. Selain itu, dia yang mesra disapa sebagai Rose ini turut berkongsi tentang pembelian terkininya yang menelan belanja hampir RM600. Apakah itu?

GLAM juga amat tertarik dengan swafoto wanita ini setiap kali dia memuat naik di laman Instagramnya, sempat kami bertanyakan bagaimanakah cara atau teknik yang diamalkan Rose untuk mendapatkan sisi foto yang terbaik. Anda juga harus mencedok inspirasi ini daripada Rose ya!

Rose

Gambar: Instagram

Tertarik untuk mengetahui apakah item yang sering digendong bersamanya di dalam beg tangan setiap kali keluar. Anda pasti terkejut dengan item apakah yang menjadi peneman setia Rose ini. Kami juga yakin anda semua mungkin boleh relate dengan item wajib wanita ini!

See also
Cedok Gaya Selebriti Lokal Bergaya Dalam Busana Putih

Sebagai seorang pelakon, dia juga tidak terlepas untuk mencari inspirasi menerusi filem-filem tempatan juga antarabangsa, kami bertanyakan juga kepada dia tentang filem terkini yang ditonton. Walaupun filem itu sudah dihasilkan beberapa tahun yang lalu, namun ia masih menarik perhatiannya untuk menonton kembali.

 

Untuk ketahui lebih lanjut tentang cerita terkini Sharifah Rose, jangan lupa untuk dapatkan isu GLAM Ogos di pasaran atau langgan secara online!