Pameran GPHG oleh The Hour Glass Tiba di Malaysia

Jelajah Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG) oleh The Hour Glass Tiba di Malaysia

Bersempena pengumuman pencalonan anugerah berprestij Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG), The Hour Glass dengan bangganya mempersembahkan 84 daripada 90 utas jam tangan yang dicalonkan tahun ini.

Pameran berlangsung daripada 5 sehingga 8 Oktober 2023 ini dan bertempat di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur, anda bakal menyaksikan setiap perincian jam tangan yang bertanding secara dekat. Bukan itu sahaja, ia merupakan pameran yang hanya diadakan di Malaysia dan satu-satunya di Asia Tenggara. 

GPHG

Antara 14 kategori yang dipertandingkan adalah Men’s dan Ladies’, Men’s dan Ladies’ Complications, Iconic, Tourbillon, Calendar dan Astronomy, Mechanical Exception, Chronograph, Sports, Jewellery, Artistic Crafts, Challenge dan “Petite Aigulle”.    

Menurut Michael Tay, Pengarah Urusan Kumpulan The Hour Glass,

“GPHG ialah merupakan organisasi dengan platform tersendiri yang menghormati inovasi horologi, reka bentuk serta daya ketukangan. Dengan memilih Kuala Lumpur, ini adalah penting dalam menegaskan tentang kepentingan bandar ini yang semakin pesat dalam dunia pembuatan jam. Ini sejajar dengan misi The Hour Glass untuk memajukan budaya menonton, menawarkan komuniti peminat kami akses kepada beberapa jam tangan paling luar biasa oleh generasi kini.”

Pada 4 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya pelancaran rasmi yang menyaksikan ahli media serta para tetamu istimewa berkumpul mendekati pameran eksklusif ini. Turut diterbangkan khas ke Malaysia adalah beberapa tim The Hour Glass daripada beberapa pejabat wilayah serta Valerie Boscat daripada Yayasan Grand Prix d ‘Horlogerie de Genève.

See also
Punca Sebenar Perceraian Brad Pitt-Angelina Jolie Terbongkar Selepas Tiga Tahun

GPHG

 

Lebih istimewa, anda yang hadir bakal berpeluang mendekati trofi GPHG yang turut dipamerkan di situ. Direka oleh pereka grafik Genevois, Roger Pfund, yang juga merupakan pereka passport Swiss dan juga pelbagai nota wang rasmi. 

Antara Barisan Tetamu Yang Hadir ke Pameran GPHG di Kuala Lumpur

Michael Tay (Group Managing Director of TheHour Glass) , YM Tengku Zatashah, Dato’ Setia Aubry Mennesson

GPHG

Izree Kai Hafiz, Sarah Shahdan, Dato Nigel Hafez, Diana Nasimuddin

 

Norman Ho, Group General Manager of The Hour Glass, SK Teh-General Manager ofThe Hour Glass Malaysia, Shu Sen, Chang Yong, Perry Kuan, Michiyo Ho, Valérie Boscat, from the Foundation of the Grand Prix d’Horlogerie de Genève, Koe Yeet,Michael Tay-Group Managing Director of The Hour Glass

  Norman Ho, Group General Manager of The Hour Glass, SK Teh-General Manager ofThe Hour Glass Malaysia, Valérie Boscat, from the Foundation of the Grand Prix d’Horlogerie de Genève, Daiyan Trisha, Michael Tay-Group Managing Director of The Hour Glass

See also
20 Filem dan Drama Siri Untuk Anda Binge Watch Hujung Minggu Ini!