“Hanya Lima Minit Sehari” - Salma Hayek Berkongsi Rahsia Tubuh Seksi - Glam Malaysia
“Hanya Lima Minit Sehari” - Salma Hayek Berkongsi Rahsia Tubuh Seksi

“Hanya Lima Minit Sehari” – Salma Hayek Berkongsi Rahsia Tubuh Seksi

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Susuknya yang ramping membuatkan ramai wanita cemburu, namun siapa sangka Salma Hayek hanya bersenam lima minit sehari untuk memiliki tubuh idaman.

Hayek yang membuatkan peminat kagum dengan penampilannya dalam bikini ketika bercuti hujung tahun lalu mendedahkan, dia mencipta satu rutin senaman menyeluruh untuk memastikan tubuhnya kekal langsing.

Namun untuk mengelakkan timbulnya rasa rendah diri di kalangan peminat, pelakon Frida ini mengakui foto bikininya yang menjadi perbualan hangat itu dirakam di awal percutian – sebelum dia menghabiskan sisa percutiannya dengan bersenang-lenang dan mengambil makanan disukai.