Mungkin Tidak Akan Muncul Sepanjang Tahun 2024, Kate Middleton Membuat Rawatan Kanser
Mungkin Tidak Akan Muncul Sepanjang Tahun 2024, Kate Middleton Membuat Rawatan Kanser

Mungkin Tidak Akan Muncul Sepanjang Tahun 2024, Kate Middleton Membuat Rawatan Kanser

Puteri Wales, Kate Middleton membuat keputusan untuk bersama keluarga sepanjang tempoh rawatan kansernya. 

Kate Middleton, isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera William, mengumumkan di Instagram @princeandprincessofwales , bahawa dia telah disahkan menghidap kanser semenjak Mac yang lalu. Puteri Diraja British itu dikatakan ingin berehat dan senantiasa berada disamping ahli keluarganya sepanjang proses rawatan kemoterapi berjalan. Ada sumber sahih berkongsi bahawa Kate juga berkemungkinan tidak akan membuat kemunculan awam sepanjang tahun 2024 ini kerana ingin memfokuskan kepada proses rawatan kansernya serta ingin meluangkan masa bersama orang terdekat sahaja.

Pengumuman Kate Middleton Tentang Penyakitnya

Melalui ucapan di dalam video pengumuman rasmi pada Mac lalu, Kate Middleton ada menyentuh bahawa bulan itu adalah merupakan bulan yang sukar buat keluarganya. Kate turut berkongsi bahawa prosedur pembedahan perut yang dilakukan pada Januari lalu dikatakan tiada kena-mengena dengan penyakit kansernya itu.

Kini, sudah 5 bulan sejak kali terakhir Puteri Wales itu dilihat muncul di hadapan khalayak umum. Kate yang dahulunya aktif dengan aktiviti mendaki bersama bapanya kini perlu menjaga kesihatannya dengan lebih baik. Sesungguhnya dugaan datang tanpa diduga, dirinya sendiri tidak mempercayai akan perkabaran ini. Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk akhirnya memberitahu berita penyakitnya itu kepada anak-anak, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Kate Middleton, atau nama sebenarnya Catherine Elizabeth Middleton yang berumur 42 tahun ini telah mendirikan rumah tangga bersama Putera William pada 29 April 2011. Kate dan Putera William berjumpa pada tahun 2001 ketika mereka berdua belajar di St. Andrews University di Scotland. Pasangan Diraja ini dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata iaitu dua putera dan seorang puteri.

Kensington Palace mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedang berada di dalam proses pemulihan dan Puteri Wales itu sendiri menyatakan bahawa beliau semakin kuat setiap hari. Kini, Kate dan keluarga berkemungkinan akan menghabiskan waktu cuti sekolah anak-anaknya di country homes miliknya dan Putera William di Sandringham Estate. Hanya ahli keluarga dan orang terdekat yang akan datang melawatnya.