Kembara Ke Amanjiwo Bersama T'ROKA - Glam Malaysia
Kembara Ke Amanjiwo Bersama T'ROKA

Kembara Ke Amanjiwo Bersama T’ROKA

Terokai pengalaman mewah di Amanjiwo bersama T’ROKA. Betul-betul menenangkan jiwa.

Jangan lepas peluang jika dapat melarikan diri dari dunia nyata. Anda perlukan liburan holistik untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental. Detoks jiwa dan diri anda tanpa memikirkan itinerari bersama pengurusan mewah T’ROKA.

T'ROKA

T’ROKA merupakan pengurusan destinasi mewah di bawah syarikat pengurusan pelancong terkenal Malaysia, Holiday Tours. Dengan pengalaman hampir lima dekad dalam industri pelancongan, T’ROKA hadir membawa anda menerokai pilihan destinasi dan hotel mewah di seluruh dunia secara peribadi. GLAM dijemput untuk menerokai pengalaman mewah ini ke destinasi impian di AmanJiwo Magelang, Yogyakarta. Kembara mewah yang bersifat peribadi selama tiga hari dua malam ini cukup istimewa pengalamannya.

Amanjiwo T'ROKA

Amanjiwo merupakan destinasi penginapan mewah yang mempunyai keunikan di Jogjakarta. Bukan sekadar liburan biasa, Amanjiwo mengajak anda untuk mengenali budaya, sejarah Indonesia. Pemandangan ikonik Candi Borobudur yang jarak hanya dua kilometer dan Gunung Merapi mencetus pengalaman bermakna buat tetamu yang menginap di hotel ini.

PERCUTIAN MEWAH SECARA PERIBADI BERSAMA T’ROKA

Amanjiwo

Pengalaman bersama T’ROKA memudahkan setiap perjalanan ke Amanjiwo. Segalanya terlaksana dan tersusun itinerarinya, bermula perjalanan dari Kuala Lumpur sehinggalah ke Jogjakarta ianya serba mewah dan peribadi. Sampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto, hotel menyediakan private transfer perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke Amanjiwo. Tibanya di hotel, anda disambut meriah oleh warga Amanjiwo dan welcome drink disediakan sambil menunggu panggilan ke suite. Dengan adanya servis peribadi T’ROKA, tidak perlulah anda check in seperti kebiasaan hotel kerana segalanya diuruskan dengan sempurna. Anda hanya rehat di ruang yang tersedia sambil menikmati pemandangan indah.

See also
3 Bintang Legenda Hollywood Yang Mengamalkan Diet Aneh

T'ROKA Amanjiwo

Kehadiran anda disapa oleh Rotunda iaitu bangunan berbentuk kubah sebagai titik pertemuan pertama anda dan Amanjiwo. Di Rotunda, terdapat beberapa fasiliti yang boleh dinikmati seperti restoran utama, perpustakaan atau menikmati permandangan indah Candi Borobudur.

Amanjiwo T'ROKA

Atmosfera di Amanjiwo ini sangat berbeza seperti berada di dunia lain. Di hotel ini hanya menawarkan konsep kamar suite stand-alone yang berinspirasikan seperti tempat perlindungan penganut Buddha Borobudur abad ke-9. Amanjiwo Suites mempunyai katil bersaiz king empat tiang di atas pelantar terazo tinggi, teres taman yang luas, ada yang bersama kolam renang peribadi dan astaka bersantai. Sambil menikmati pemandangan tanah ladang teres dan Menoreh Hills, atau lembah dan Borobodur itu sendiri.

Amanjiwo T'ROKA

Bukan itu sahaja, setiap penginapan di sini berpeluang untuk mengikuti aktiviti menarik yang telah disediakan setiap hari. GLAM memilih untuk melakukan aktiviti VW Convertible Ride. Aktiviti ini sangat menarik kerana anda bersiar-siar di perkampungan berdekatan sambil menghirup udara segar. Kereta klasik Volkswagen Type 181 ini akan berhenti di beberapa tempat untuk anda melakukan aktiviti seni yang menarik. Seperti lukisan batik dan membuat seramik tembikar sebagai kenangan.

See also
Urban Decay Bakal Melancarkan Dua Rangkaian Skincare

Di malam hari pula, anda disajikan jamuan Jawa asli sambil nikmati pertunjukan langsung penari tempatan yang menceritakan kisah romantik Ramayana diikuti dengan alunan muzik menusuk jiwa. Sewaktu GLAM berada di sini, pada malam makan malam Gunung Merapi aktif meletuskan lava. Ianya satu kejutan tidak disangka-sangka tetapi mungkin tuah kerana berjaya melihat fenomena alam semula jadi.

T'ROKA

BUAL BERSAMA BEN FOO, PRESIDEN HOLIDAY TOURS & TRAVELS

Ben Foo

Pengalaman melancong secara peribadi (personalized) serba mewah adalah masa depan dunia pelancongan. Bagaimana pula dengan percutian secara kelestarian yang mempunyai konsep yang sama?

Jika anda lihat sekarang ini, hotel mewah terutama yang terkenal di serata dunia semakin peka dengan penggunaan carbon footprint. Seperti di Aman susah untuk melihat penggunaan plastik. Terdapat banyak pemuliharaan dalam cara mereka menggunakan sumber semula jadi di sini dan memberi kembali kepada masyarakat setempat. Barulah aspek kelestarian terjaga dan dipulihara. Jika trend percutian, di T’ROKA kami sangat prihatin terhadap cara untuk menggalakkan tetamu untuk memberi penegasan terhadap kelestarian. Baiknya untuk memulakan percutian secara kelestarian sambil menyelamatkan bumi kita.

Maksud disebalik T’ROKA?

Saya mengambil daripada perkatan melayu iaitu Teroka. Teroka bagi pandangan peribadi saya, ia sangat cantik dan perkataan yang punya maksud mendalam. Saya ingin jenama yang dekat dengan rumpun kita iaitu Malaysia. T’ROKA sebagai jenama yang bakal menembusi pasaran antarabangsa ini, boleh jadi tetamu datang dari negara luar dan jika mereka mencari makna T’ROKA ia lagi mudah untuk mereka mengenali Malaysia.

See also
SHIKIN GOMEZ

Holiday Tours sudah lama memahat nama dalam persada pelancongan di Malaysia dan sudah mempunyai database yang kuat. Bagaimana pula munculnya identiti T’ROKA dan kisahnya6 disebalik Holiday Tours?

Holiday Tours adalah syarikat pengurusan pelancongan korporat dan mempunyai hampir 500 akaun korporat yang tersedia. Sudah terbiasa dengan melayani pengembara korporat, kami sangat biasa dengan piawaian dan kehendak mereka yang tinggi. Oleh itu, saya mula sedar bawah kehendak mewah pengembara korporat, pastinya diimpikan oleh pengembara peribadi. Mereka memerlukan pertolongan atau servis yang membantu untuk memudahkan percutian.

Apakah gaya pelancongan peribadi anda?

I used to be the Airbnb guy! Tetapi sekarang ini saya sedar, apabila saya berbelanja lebih banyak wang di tinggal di hotel lima bintang barulah saya menemui diri saya sendiri. Self-discovery! Sewaktu saya bercuti ke Oman bersama isteri, saya menikmati percutian sambil mencari pengalaman menarik. Apa yang menarik perhatian saya, sepanjang saya mengembara dan menginap di hotel mewah, belum pernah saya lalui pengalaman peribadi seperti ini. My personal style now is when I go somewhere I want to be able to experience that. Dan kini ianya hanya boleh didapati di T’ROKA.