Marc Anthony Timang Cahaya Mata Ketujuh - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Marc Anthony Timang Cahaya Mata Ketujuh

Marc Anthony Timang Cahaya Mata Ketujuh

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Marc Anthony Umum Kehamilan

Pasangan dengan jarak usia 30 tahun itu mengumumkan berita kehamilan bersama peminat pada awal tahun ini. “Hadiah Hari Valentine paling bermakna. Terima kasih Tuhan atas rahmat terbesar dalam hidup kami ini,” tulis mereka menerusi satu kenyataan bersama di Instagram.

Dua minggu sebelum mendedahkan berita kehamilan kepada umum, Marc Anthony dan Nadia Ferreira berkahwin dalam satu majlis gemilang di Muzium Seni Perez di Miami. Antara selebriti terkenal yang hadir memeriahkan majlis termasuk pasangan Beckham, Salma Hayek dan Lin-Manuel Miranda. Koleksi foto daripada majlis perkahwinan mewah mereka menunjukkan penampilan anggun pengantin perempuan dalam busana berenda rona putih rekaan Galia Lahav. Ia menampilkan korset nipis bersama perincian bunga. Pengantin lelaki pula kelihatan segak dalam sut Christian Dior.

Marc Anthony

Foto: Twitter

Perkahwinan ini merupakan yang keempat buat pelantun lagu I Need To Know itu. Dia pernah bergelar suami kepada aktres Dayanara Torres, (2000-2004), Jennifer Lopez (2004-2014) dan Shannon De Lima (2014-2017).

See also
Kempen Baru Gucci-An Ode To Stanley Kubrick

 

Foto: Getty Images

Baca: Paris Hilton Timang Cahaya Mata Pertama Menerusi Ibu Tumpang