Masturbasi Ketika Haid, Baik Untuk Kesihatan? - Glam Malaysia
Masturbasi ketika haid

Masturbasi Ketika Haid, Baik Untuk Kesihatan?

Ramai yang menyangka mereka tidak boleh masturbasi ketika haid, namun tahukah anda ianya memiliki manfaat yang tersendiri?

Tahukah anda bahawa kadar peningkatan seksual dan keghairahan menjadi lebih tinggi saat haid akibat daripada penurunan kadar estrogen dalam badan? Ini terbukti di dalam sebuah kajian yang telah dijalankan pada tahun 2013 menurut CNN Indonesia. Namun, ramai yang masih takut dan risau akan bahaya yang mungkin akan terjadi jika melakukan aktiviti ini ketika haid. Dan ada juga di antara kita yang malu untuk membicarakan tentang topik ini secara terbuka.

Masturbasi sendiri mampu membuatkan diri lebih relaks kerana ia membantu mengurangkan stress pada diri kerana secara amnya ia meningkatkan neurotransmiter serotonin dan dopamin. Bila anda mengamalkannya, secara tidak langsung badan mengeluarkan hormon prolactin dan oxytocin. Ini membantu anda tidur dengan lebih nyenyak lagi. Tambahan lagi, jika dilakukan saat sedang haid, ia meningkatkan lagi pelancaran darah pada bahagian intim termasuklah pada bahagian kelentit langsung memberikan rasa senang kerana kadar sensitifnya yang tinggi.

See also
Chris Brown Titip Ucapan Tahniah Buat Rihanna Secara Halus

Namun satu perkara yang harus anda ambil perhatian adalah pada kebersihan. Pastikan segala peralatan yang digunakan anda berada di dalam keadaan bersih. Ini kerana saat sedang haid, bahagian leher rahim dikatakan lebih terbuka berbanding ketika tidak mengalami haid.

Ini Manfaat Masturbasi Ketika Haid

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Mengurangkan Rasa Sakit Senggugut

Tidak perlu mengambil sebarang ubat tahan sakit. Seperti yang kami kongsikan sebentar tadi, apabila anda bermasturbasi, ia akan membuatkan bahagian anda lebih terangsang dan di dalam pada masa yang sama ia meningkatkan kadar pengaliran darah di bahagian sensitif ini. Dan apabila ianya terjadi, ia secara tidak langsung, mampu mengurangkan rasa sakit senggugut dan membuatkan diri menjadi lebih relaks.