10 Menu Berbuka Puasa Ramadan 2024 - Glam Malaysia

10 Menu Berbuka Puasa Ramadan 2024

Sudah lapar dan tidak tahu hendak berbuka menu apa hari ini? Di sini GLAM lampirkan beberapa menu berbuka puasa bagi pembaca di luar sana.

Bulan puasa telah menjelma kembali. Pastinya anda di luar sana ridak sabar akan bulan yang penuh rahmat dan barakah ini. Antara perkara yang dinantikan sepanjang bulan puasa ini semestinya juadah berbuka puasa. Juadah dan menu berbuka puasa semestinya menjadi topik yang hangat ketika bulan puasa. Ramai Pempengaruh media sosial dan chef di luar sana yang telah mengeluarkan 30 menu berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Menu dan sajian yang didemonstrasikan melalui platform media sosial mereka semestinya menjadi ikutan ramai.

Para wanita di luar sana juga pasti tidak cukup tangan untuk mengendalikan dan menyiapkan persiapan berbuka puasa ramadan kali ini. Menu berbuka puasa pastinya menjadi kebingungan dan persoalan kepadaanda di luar sana. Rata-rata diantara anda pasti ingin mencuba resepi baru yang diminati sebagai juadah berbuka puasa. Resepi yang terkenal kini bukan sahaja datang dari kategori lauk pauk malah pencuci mulut dan minuman juga tidak kurang hebatnya. Menu yang ingin dicuba perlu didapatkan dari sumber yang sahih dan sah agar dapat disediakan dengan mudah dan cepat.

See also
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Golden Globe Ke-79

Menu yang baik adalah menu yang menjaga kesihatan dan bersesuaian untuk seisi keluarga. Disamping itu, amalan memberi makanan pada jiran juga merupakan tradisi yang tidak lekang dek zaman lagi-lagi di bulan Ramadan ini. Jika ada makanan yang berlebihan, apa salahnya disedekahkan kepada jiran tertangga yang berdekatan agar jalinan ukhwah dan persahabatan antara jiran menjadi kukuh dan erat bak kata pepatah “muafakat membawa berkat”. Mereka yang menerima pastinya gembira akan pemberian kita kepada mereka. Berkongsi rezeki tidak kira masa dan tempat perlu diterapkan agar budaya baik ini menjadi ikutan.

Makanan berbuka puasa pastinya menjadi sesuatu yang dinantikan untuk disajikan kepada seisi keluarga dan orang yang tersayang. Titik peluh dan penat lelah yang dicurahkan ketika memasak terbalas apabila terpapar kegembiraan dalam wajah yang menikmati makanan tersebut. Kepada anda di luar sana, beringatlah ketikat memasak dan ingat kepada mereka yang lebih memerlukan. Tabiat pembaziran makanan perlu dihindari dan dijauhi. Mari GLAM kongsikan 10 menu berbuka puasa yang wajib anda cuba untuk ramadan kali ini!

See also
Original Supermodel, Tatjana Patitz Menghembuskan Nafas Terakhir

1. Ayam Masak kimchi

Pasti peminat makanan korea berasa exited untuk mencuba resepi ayam masak korea ini! gabungan luar biasa antara jeruk sayur kimchi dan menu tambahan iaitu ayam pasti membuatkan anda di luar sana berminat untuk mencuba menu ini.

2. Telur Dadar Masak Lemak

Membawa kelainnan apabila telur dijadikan medium utama lauk masak lemak. Sesuai bagi mereka yang sukakan menu pedas dan mudah. Menu ini mudah dan senang untuk disediakan. Menu ini juga sesuai untuk mereka yang bergelar bujang kerana kos pengeluarannya yang tak terlalu tinggi dan cara penyedian yang mudah.

3. Puding Coklat Berkrim

Menu pencuci mulut yang menggunakan 6 bahan ini sesuaian untuk dijamu kepada seisi keluarga. Menu sejuk dan menyenangkan ini amat sesuai dihidangkan pada waktu berbuka lagi-lagi pada bulan puasa yang panas.

4. Lobster Butter Cheese

Menu Berbuka Puasa

Sumber imej dari Google

5. Daging Dendeng

6. Sayur Taugeh Ala Chiken Rice Shop

Sumber imej dari Google

7. Kuey Teow Th’ng

8. Telur Dadar Pad Kra Pao

 

 

9. Garlic Butter Prawn

Menu mudah garlic butter chicken ini semestinya menjadi kegemaan kepada anda di luar sana yang menyukai makanan laut.

10. Ayam Masak Cili Kering (Szechuan)

Menu Berbuka Puasa

 

Sumber imej dari Google