Mint & Papaya Taruhan Rona Baharu di Rimowa

Mint & Papaya Taruhan Baharu Koleksi Essential Di Rimowa

Rimowa memperkenalkan rona baharu yakni Mint dan Papaya bagi koleksi bagasi Essential mereka yang diinspirasi daripada keindahan destinasi tropika.

Setiap kali masuknya musim panas, pasti Rimowa akan tidak senyap dengan menampilkan bagasi-bagasi berona indah. Ia menyemarakkan lagi semangat bagi para pengembara dunia untuk bercuti bersama bagasi berona indah. Bagi tahun ini, sebelum tibanya musim panas, sekali lagi Rimowa mempersembahkan rona baharu mereka. Bersama kempen larger-than-life, mencerminkan keindahan bercuti tatkala musim panas menjelma.

Dua rona pastel yang cukup lembut ini menghiasi koleksi Signature, Rimowa Personal, program tempahan Rimowa Unique serta item aksesori kembara yang lain. Mint mendapat ideanya daripada palet hijau yang melatari bangunan-bangunan di kawasan tropika. Manakala Papaya pula menafsirkan simbahan mentari terbenam di lautan dalam sorakan plet jingga. Daripada bekas, pemegang, zip hinggalah roda diberikan dalam rona senada bagi mencipta gaya monokrom.

VIP Mint & Papaya

Bagi menandakan kehadiran rona Mint dan Papaya, telah berlangsung satu acara gemilang di kota Seoul, Rimowa. Duta buat jenama bagasi paling popular ini yakni Lewis Hamilton dan Rose telah mendarat di S-Factory, Seoul. Mereka bersama tetamu sekitar Asia meraikan koleksi ini dalam satu majlis yang cukup interaktif. Ada di tengah-tengah gelanggang acara, satu arca berbentuk betik dalam kemasan metalik menyambut ketibaan para tetamu.

mint & papaya

BaekHyun dan Xiumin

mint & papaya

Lewis Hamilton

Rosè

Rowoon

Artikel Berkaitan: Seit 1898; Retrospektif Rimowa Mendarat Di Tokyo