Perlu Anda Tahu Tentang Most GLAM 2023
MOST GLAM 2023

Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang Acara Tahunan Berprestij MOST GLAM 2023

Acara berprestij Most GLAM kembali buat tahun 2023. Buat yang tidak tahu, MOST GLAM sudah menjadi acara signatur dan tahunan. Ia adalah merupakan acara yang mengangkat para wanita dengan pencapaian terbaik sepanjang tahun menurut tim editorial GLAM Malaysia.

Kali ini Most GLAM 2023 mengangkat tema “Black Tie”, ini merupakan acara penuh glamor dan parti fesyen berprestij intimate dan eksklusif di dalam industri penerbitan di bawah naungan Biz Of RE yang amat dinanti-nantikan oleh semua pembaca serta pelopor empayar fesyen, kecantikan dan gaya hidup tempatan hari ini.

Teruskan membaca untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang anda perlu tahu tentang acara tahunan beprestij ini.

Segalanya Tentang MOST GLAM 2023 Yang Perlu Anda Tahu

Perlu Anda Tahu Tentang Most GLAM 2023

Bilakah acara ini akan berlangsung?

Bakal berlangsung pada 1 November 2023. Sememangnya Most GLAM akan dilangsungkan pada hujung tahun di bulan November. Ia bakal diadakan di JW Marriott, Kuala Lumpur.

Di mana anda boleh menonton MOST GLAM 2023?

Memandangkan ini adalah merupakan acara tertutup dan penuh privasi, segala yang berlaku di dalam dewan ballroom tidak mempunyai sebarang siaran langsung.

See also
Original Supermodel, Tatjana Patitz Menghembuskan Nafas Terakhir

Tema MOST GLAM 2023?

Tahun ini, GLAM Malaysia sebulat suara memilih tema ‘Black Tie’ buat tetamu yang hadir pada malam berprestij tersebut. Seiring dengan majlis gilang-gemilang ini, kami tidak sabar untuk menyaksikan kehadiran tetamu dengan busana yang bakal mereka gayakan nanti. 

Perlu Anda Tahu Tentang Most GLAM 2023

Siapakah yang mengetuai projek MOST GLAM 2023?

Untuk tahun ini, seperti biasa Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, Aizat Aidid, dipilih untuk mengetuai projek tahun ini. Namun, apabila berbicara mengenai arahan seni kreatif buat wajah muka depan isu November 2023 yang mana mengangkat kesepuluh wanita MOST GLAM adalah hasil seni Johan Kassim, Pengarang Fesyen GLAM Malaysia. 

Apa yang berlaku di dalam acara tahunan MOST GLAM ini?

Saban tahun, MOST GLAM diadakan bagi meraikan wanita-wanita yang tampil dengan pencapaian terbaik pada tahun tersebut. Jika tahun yang lalu, GLAM hanya mengangkat 5 wanita iaitu Ally Mukhriz, Marion Caunter, Sherry Al-Hadad, Nabila Huda dan Natalie Prabha. Tahun ini, GLAM memilih 10 wanita dengan latar-belakang serta pencapaian berbeza-beza. 

See also
Nama Trending Di Twitter, Kendall Jenner Akui Hidupnya Tidak Sempurna

Siapakah yang dijemput untuk menghadiri MOST GLAM 2023?

Antara tetamu yang diundang untuk memeriahkan acara MOST GLAM tahun ini adalah kerabat diRaja, para socialite, usahawan, selebriti juga teman-teman industri yang bekerja rapat bersama majalah GLAM.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan MOST GLAM 2023 Bermula Hari ini sehingga ke malam kemuncak 1 November 2023 nanti.