"My Home Is In Your Arms" Menampilkan Penceritaan Dari Lansa Berbeza

“My Home Is In Your Arms” Menampilkan Penceritaan Dari Lansa Berbeza

Selepas berehat selama 3 tahun, Daiyan Trisha kini membuat kemunculan dengan kembali aktif dalam bidang muzik. “My Home Is In Your Arms”, merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Daiyan Trisha yang diolah dengan alunan “feel-good vibe” yang diterbitkan oleh Kuizz Sha.

Selepas pelancaran single yang sangat dinantikan, “My Home Is In Your Arms,” Daiyan Trisha telah menampilkan muzik video pada 7 Jun 2024. Video ini diarahkan oleh figura popular industri tempatan yang juga merupakan rakan baiknya iaitu Nadhir Nasar.

“My Home Is In Your Arms” Menampilkan Penceritaan dari Lansa Berbeza

My Home Is In Your Arms

Tidak dapat disangkal bakat lakonan Nadhir Nasar yang hebat dan kini mengorak langkah mencipta nama sebagai seorang pengarah. Bukan itu sahaja, muzik video ini juga menampilkan seorang pelakon kacak berbakat besar, Meerqeen yang berjaya memberi lakonan dinamik yang penuh emosi sebagai pelengkap untuk menyampaikan mesej cerita ini dengan indah.

My Home Is In Your Arms

Idea, konsep dan hala tuju kreatif muzik video ini adalah hasil ilham Daiyan sendiri yang berganding bahu dengan Nadhir Nasar dan Paradice Pictures. Sebuah kisah cinta yang indah menjadi jalan cerita permulaan video ini. Namun dalam kehidupan tiada yang kekal sempurna, semakin kita mendalamai menuju ke penghujung, ianya merungkai beberapa mesej tersembunyi yang menggambarkan pelbagai cabaran dan rintangan yang tidak dapat dielakkan dalam setiap hubungan.

See also
Dessert Terbaik Dari Vanilla Crepe

My Home Is In Your Arms

Video muzik ini meneroka tema distopia romantik, celikkan minda untuk melihat potensi pasangan anda, atau menghadapi realiti sebenar diri mereka. Ia memberi pilihan kepada penonton untuk terus berada dalam ilusi cinta yang sempurna atau
untuk menghadapi realiti sebenar dalam hubungan.

My Home Is In Your Arms

“Lagu ini menggambarkan fasa di mana hubungan menjadi goyah dan tidak stabil, serta mengingatkan kita tentang memori yang menyebabkan pasangan jatuh cinta antara satu sama lain untuk terus mempertahankan hubungan. Tapi pada akhirnya, adakah ianya berbaloi?” kata Daiyan.

Sisi artistik Daiyan bakal lebih diserlahkan melalui muzik video ini bersama arahan kreatif dan lakon layar menjadikan muzik video ini harus ditonton oleh peminat setia Daiyan. Tidak juga dilupakan kepada pencinta muzik dan pendengar baru, yang bakal jatuh cinta dengan karya segar yang ditampilkan ini selari dengan kolaborasi anak-anak seni muda masa kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)