Nabila Huda Positif Covid-19 Buat Kali Kedua - Glam Malaysia
Nabila Huda Positif Covid-19 Buat Kali Kedua

Nabila Huda Positif Covid-19 Buat Kali Kedua

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kebelakangan ini semakin ramai selebriti dijangkiti Covid-19 dan mangsa terbaharu adalah artis serba boleh, Nabila Huda.

Baru lima hari menghiburkan penonton di Anugerah Juara Lagu Ke-36, Nabila mengesahkan dirinya dijangkiti coronavirus buat kali kedua selepas menjalani dua ujian kendiri.

Pelakon berusia 37 tahun itu kini sedang berada di Perlis dan terpaksa menjalani tempoh kuarantin yang memasuki hari keempat jauh dari keluarga.

Dia dikhabarkan berada di negeri itu untuk penggambaran Telaga Suriram, filem mistik seram arahan sutradara Osman Ali yang turut menampilkan nama-nama besar seperti Scha Alyahya, Maya Karin dan Farid Kamil.

Nabila Huda

Foto: Cinemaonline