Patrick Dempsey Dinobat Lelaki Paling Seksi 2023 - Glam Malaysia
Patrick Dempsey Dinobat Lelaki Paling Seksi 2023

Patrick Dempsey Dinobat Lelaki Paling Seksi 2023

Bintang Ferrari, Patrick Dempsey dipilih sebagai Sexiest Man Alive tahun ini oleh majalah People.

Aktor dan pelumba kereta itu mengambil alih ‘takhta’ bintang Captain America, Chris Evans yang dinobat pada tahun lalu. Perkara itu diumumkan dalam rancangan Jimmy Kimmel Live! baru-baru ini. Bagaimana reaksi Patrick apabila menerima perkhabaran itu?

“Saya amat terkejut, dan mula ketawa. Ini pastinya gurauan, kan? Selama ini saya hanya menjadi ‘pengapit’. Saya langsung tak terfikir mengenainya dan tak pernah menyangka akan menerima gelaran ini. Jadi ego saya baik sekarang ini,” katanya.

People's Sexiest Man Alive 2023 Patrick Dempsey

Bercakap mengenai penghormatan yang diterima, Patrick memberitahu majalah People bahawa dia mungkin akan menjadi bahan jenaka anak-anaknya.

“Mereka pasti akan mengusik dan menyenaraikan mengapa saya tidak sepatutnya dipilih sebagai lelaki paling seksi. Tetapi baguslah, anak-anak membuatkan saya terasa muda,” selorohnya.

Dia mempunyai tiga cahaya mata iaitu Talula, 21, serta pasangan kembar Sullivan dan Darby, 16, hasil perkahwinannya dengan penata rias Jillian Fink.

See also
Ashton Kutcher Hilang Keupayaan Fizikal Disebabkan Vaskulitis

Perjalanan Seni Patrick Dempsey

Aktor berusia 57 tahun ini bukanlah calang-calang bintang. Dia pernah menerima tiga anugerah People’s Choice Awards dan dicalonkan dalam Primetime Emmy Award serta Golden Globe Awards. Pada 2022, pelakon Enchanted ini turut dianugerahkan Disney Legend Award.

Patrick mencuri hati peminat seluruh dunia menerusi watak ikoniknya sebagai Dr Derek Shepherd atau ‘McDreamy’ dalam Grey’s Anatomy. Dia membuat kemunculan dalam siri popular itu sebanyak 250 episod dari 2005 hingga 2015.

Patrick Dempsey Sexiest Man Alive 2023

Terbaharu, dia bakal muncul dalam filem Ferrari sebagai pelumba kereta Itali, Piero Taruffi di samping Adam Driver, Hugh Jackman dan Penelope Cruz. Filem berlatarkan tahun 1957 itu dijangka menemui penonton pada 14 Disember 2023.

Selain Patrick, selebriti lain yang pernah dinamakan sebagai Sexiest Man Alive termasuk Paul Rudd, Idris Elba, David Beckham, Chris Hemsworth, Adam Levine, Michael B Jordan, Dwayne Johnson dan Sean Connery. Mel Gibson merupakan penerima pertama gelaran itu pada 1985.

 

Foto: Carter Smith

Baca: Chris Evans Dinobat Lelaki Paling Seksi 2022

See also
10 Filem Terbaik Lakonan Jake Gyllenhaal