Phoebe Dynevor & Andrew Garfield Jalin Hubungan Rahsia - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Phoebe Dynevor & Andrew Garfield Jalin Hubungan Rahsia

Phoebe Dynevor & Andrew Garfield Jalin Hubungan Rahsia

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aktres berusia 27 tahun itu dilihat lebih gemar menyembunyikan kehidupan peribadinya daripada tumpuan media, bagaimanapun kisah percintaannya dengan Pete Davidson tahun lalu berjaya mencuri perhatian ramai.

Mereka dilaporkan bercinta dari Februari hingga Ogos 2021 sebelum Pete menjalin hubungan dengan Kim Kardashian dan terbaharu, Emily Ratajkowski.

Andrew pula baru-baru ini mengakhiri percintaannya dengan model Sports Illustrated Swimsuit, Alyssa Miller selepas enam bulan bersama.

Sebelum itu dia pernah bercinta dengan penyanyi pop, Rita Ora selama empat bulan dari 2018 hingga 2019 dan pelakon gandingannya dalam Spider-Man, Emma Stone dari 2011 hingga 2015.

Foto: Twitter

Foto: Shutterstock

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Pete Davidson Berjaya Tawan Hati Seorang Lagi Jelitawan