Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone - Glam Malaysia
Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Rakaman momen indah melalui foto dan video Lebaran tidak lengkap apatah lagi hebat tanpa peranti yang tak asing lagi dengan #ShotoniPhone!

Kurang beberapa jam sahaja lagi hari yang dinanti kita semua akan diumumkan. GLAM ingin berkongsi beberapa kandungan hebat daripada mereka yang sering tampil dengan idea kreatif, termasuk pro tip #shotoniphone untuk membantu anda merakam detik manis yang bakal diabadikan semasa perayaan bersama iPhone 14 Plus dan iPhone 14.

Agenda ‘Balik Kampung’ pasti menjadi pelan wajib untuk anda menjelang hari Raya. Jom, teroka keupayaan ciri sistem kamera iPhone 14 dan rakam detik paling istimewa, menyentuh hati dan paling dramatik sepanjang Syawal nanti!

Perhatikan dapur yang sibuk atau meja makan yang penuh dengan menu Raya untuk anda hasilkan flatlay makanan yang mengagumkan bersama #shotoniphone! Beralih pula kepada permainan tradisional yang dapat mengembalikan nostalgia seperti Congkak dengan menerokai ciri yang tersedia seperti mod Burst, Slo-Mo, mod Sinematik dalam 4K dan mod aksi pada rangkaian iPhone 14. Semua kombinasi ciri dan aplikasi ini pasti akan memberi ‘nyawa’ kepada pengalaman Raya anda tahun ini.

See also
Daiyan Trisha Disunting Sebagai Gadis Kempen Raya H&M

#ShotoniPhone daripada Content Creator hebat dari Malaysia dan Singapura, mempamerkan suasana Raya yang indah berserta tip dan inspirasi kepada anda dalam berkarya kreatif.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Checkout #ShotoniPhone daripada 4 Content Creator hebat dari Malaysia dan Singapura, mempamerkan suasana Raya yang indah berserta tip dan inspirasi buat anda berkarya kreatif.

Jason Goh

https://www.instagram.com/reel/Cq7An_4JHZi/?utm_source=ig_web_copy_link

Apakah yang memberi inspirasi kepada anda untuk mencipta kandungan setiap masa?

Mencipta kandungan adalah minat saya. Saya sentiasa punya keinginan untuk mencipta video atau visual yang indah tentang semua yang saya alami sepanjang hari sekaligus menyampaikannya dengan cara yang mudah dan harapan saya agar followers dapat menikmati perkara yang saya gemari.

Dengan peranti yang hebat seperti iPhone 14 di tangan juga mendorong saya untuk mencipta kandungan di mana-mana, bila-bila masa yang saya mahu. Daripada penyelidikan, perancangan, penggambaran sehinggalah ke penyuntingan, semuanya boleh dilakukan semasa on-the-move. Pada saya itu juga memainkan peranan yang penting dalam memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta kandungan setiap masa.

See also
Covid-19 Berleluasa, Anugerah Grammy Ke-63 Ditunda

Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Pro Tip:

  • Pastikan video anda pendek iaitu dalam masa beberapa saat sahaja untuk setiap adegan. Dengan ini, anda mendapat sudut yang lebih khusus dan memastikan penonton sentiasa segar dengan perspektif baharu.
  • Ultra-Wide Lens adalah yang terbaik untuk ruang yang sempit, atau jika anda ingin menetapkan pemandangan dan berkongsi dengan penonton tentang situasi yang sedang anda alami.
  • Semasa mengedit, mulakan klip apabila subjek sudah bergerak, dan bukan apabila subjek hendak bergerak. Ini akan memastikan video kelihatan lebih natural.