Rado Centrix Pilihan Tong Bing Yu

Rado Centrix Dan Momen Sensual Bersama Tong Bing Yu

Rado Centrix membangkitkan rasa elegan pada rekaan jam tangan bersama pembuatan yang menggunakan seramik berteknologi tinggi, kristal nilam dan ketepatan waktu.

Sejak diperkenalkan pada 2010, himpunan jam tangan Rado Centrix ini terus mencari bahan yang berinovasi tinggi. Selari dengan DNA Rado, kini himpunan paling baru Centrix mengabadikan seni ketukangan pembuatan jam tangan menggunakan bahan seramik lebih luar biasa dimadu bersama state-of-the-art movement sebagai paksi jam tangan.
Keunggulan seni seramik tinggi yang digunakan oleh Rado pada jam tangan ini lebih ringan, sejuk apabila dipakai dan lebih tahan lasak. Rado juga menambah baik rekaan Centrix dengan bunjur serta saiznya lebih besar daripada koleksi terdahulu, agar mencipta sensasi gaya mewah.
Rado Centrix
Buat jam tangan yang baharu di Rado ini, rekaan dail yang menggunakan kristal nilam direka membulat. Permukaan cermin pula ditambah anti-refleksi agar memudahkan mata melihat indeks jam tangan. Paling megah adalah nombor indeks digantikan dengan 12 butir berlian dan disertakan logo Jubilé.
Rado Centrix
Logo Rado pada permukaan jam dibiarkan lebih besar daripada himpunan Centrix yang lepas. Bagi mengekalkan sensasi sensual pada jam tangan ini, rekaan bujur juga diberikan pada sisi serta gelang jam tangan. Tong Bing Yu dirakam dalam himpunan jam tangan ini memberikan karakter cukup elegan dan sensual.