Raikan Cinta, 5 Restoran Romantik untuk Diterokai di Kuala Lumpur

Raikan Cinta, 5 Restoran Romantik untuk Diterokai di Kuala Lumpur

Jika anda mencari restoran untuk makan malam yang romantik, restoran-restoran ini pasti akan dapat memikat hati pasangan anda.

Pemberian bunga dan hadiah kepada pasangan anda semuanya romantik dan baik-baik saja, tetapi kami percaya berkongsi makanan adalah cara terbaik untuk menghidupkan lagi momen-momen romantik bersama pasangan.

Untuk sebuah malam yang romantis, anda perlu tahu bahawa anda memerlukan perkhidmatan yang sempurna, pelayan yang mempesona, suasana dalaman yang selesa, dan yang paling penting ialah hidangan yang lazat.

Raikan Cinta, Ini 5 Restoran Romantik untuk Diterokai di Kuala Lumpur

GLAM menyenaraikan 5 restoran romantis terbaik di sekitar Kuala Lumpur, menyediakan peluang yang sangat baik untuk menikmati makanan sambil meraikan momen-momen romantis bersama pasangan anda.

1. Thirty8

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THIRTY8 (@thirty8kl)

Nikmati momen-momen cinta bercahayakan sinaran lampu kota Kuala Lumpur, dengan Menu Hari Kekasih THIRTY8 yang mengandungi pelbagai rasa gourmet. Setiap suapan dipadankan dengan pemandangan bandar yang menakjubkan, mencipta simfoni sempurna untuk malam romantik terbaik.

See also
GLAM Kongsi 5 Inspirasi Nail Art Untuk Hari Valentine Ini

2. The Orchid Conservatory

restoran romantik

Foto: Instagram/themajestickl

Alami dunia mempesona Hari Kekasih dikelilingi oleh lambang ikonik percintaan iaitu bunga. The Orchid Conservatory, terletak di dalam Hotel Majestic Kuala Lumpur, menawarkan pengalaman mewah dengan hidangan five course yang lazat dan juga .

3. Nobu Kuala Lumpur, KLCC

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nobu Kuala Lumpur (@nobu_kualalumpur)

Jika anda mencari restoran Jepun untuk makan malam romantik, Nobu menawarkan hidangan Jepun yang terbaik di Kuala Lumpur. Restoran ini terkenal sebagai salah satu yang terbaik dalam menyajikan citarasa autentik masakan Jepun-Peru.

4. InterContinental Kuala Lumpur

Untuk Hari Kekasih 2024, InterContinental Kuala Lumpur menjemput pasangan untuk pengalaman makan yang memukau, menampilkan menu five course yang melazatkan di Serena Brasserie. InterContinental Kuala Lumpur berjanji untuk mengubah makan malam romantis anda menjadi pengembaraan kuliner yang tidak akan dilupakan pada hari istimewa ini.

See also
Lima Idea Hadiah Dari BULGARI Buat Yang Terkasih

5. Willow, W Kuala Lumpur

restoran romantik

Foto: willowkl

Willow adalah pilihan terbaik jika anda mencari atmosfera makan malam yang romantis. Setiap hidangan mempunyai citarasa yang kaya dan menarik. Keseluruhan penyajian dan rasa makanan dari hidangan pembuka, hidangan utama hingga pencuci mulut tidak mengecewakan, kualitinya sepadan dengan nilai yang diberikan.