Glam Malaysia Gaya Hidup -
20 Filem dan Drama Siri Untuk Anda Binge Watch Hujung Minggu Ini!

20 Filem dan Drama Siri Untuk Anda Binge Watch Hujung Minggu Ini!

12 of 21
Use your ← → (arrow) keys to browse

11. Outside The Wire

 

Kisah sahabat seperjuangan tentera antara manusia dan robot pada tahun 2036 yang menampilkan aksi pertarungan yang maha dasyat oleh Mackie sebagai robot pembunuh yang kebal. Outside the Wire juga mengisahkan perang saudara antara Rusia dan Ukrain yang terjadi pada 2036. Dalam peperangan ini, Leo iaitu robot tentera ditugaskan memasuki daerah konflik yang paling berbahaya.

Namun, di sebalik misi berbahaya tersebut, Leo mendapat informasi yang boleh mengancam keselamatan orang ramai. Untuk menghentikan ancaman itu, mereka harus mencari pengganas bernama Koval. Selain hubungan persahabatan manusia dan robot, filem Outside the Wire juga banyak menunjukkan adegan tembakan, pergaduhan,dan teknologi-teknologi futuristik yang canggih!