Semarak Merdeka Datuk Seri Siti Nurhaliza - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Hadiah Siti Nurhaliza Buat Peminat Sempena Satu Juta Pengikut Di YouTube

Semarak Merdeka Datuk Seri Siti Nurhaliza

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut melahirkan kesyukuran kerana impiannya ini menjadi kenyataan walaupun berdepan dengan cabaran akibat pandemik.

Mengikut perancangan awal, kedua-dua lagu ini sepatutnya dipersembahkan secara akustik dan dimuatkan di saluran YouTube rasmi Siti Nurhaliza. Namun ia tidak dapat dilaksanakan dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

“Justeru kami memanfaatkan teknologi terkini di mana saya merakamkan vokal di rumah sebelum diberikan kepada penerbit, Pown Hasril. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penerbit, pemuzik dan Rasa Film kerana berjaya menyiapkan projek gabungan audio dan visual walaupun tidak mudah bekerja sewaktu Fasa 1 PPN ini,” ujarnya.

Foto: Sitisentralworld

Baca: Sejarah Tercipta! Nama Siti Nurhaliza Bakal Diabadikan Di Walk of Fame Adelaide