Syafiq Kyle Melangkah Ke Persada Antarabangsa - Glam Malaysia
Syafiq Kyle Melangkah Ke Persada Antarabangsa

Syafiq Kyle Melangkah Ke Persada Antarabangsa

Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Syafiq Kyle menjejakkan kaki ke jenjang pelamin.

Mungkin ini dikatakan rezeki perkahwinan apabila aktor berusia 31 tahun itu ditawarkan berlakon dalam sebuah siri antarabangsa kala sedang sibuk mempersiapkan diri bergelar suami. Melalui satu perkongsian bersama media, Syafiq Kyle memaklumkan dia kini sedang membuat persiapan untuk menjalani penggambaran bersama sebuah syarikat produksi dari United Kingdom.

Drama bersiri yang judulnya masih dirahsiakan itu akan memulakan penggambaran pada bulan Julai ini. Ia diadaptasi daripada sebuah novel mengenai seorang inspektor yang datang menjalankan siasatan di beberapa buah negara termasuk Malaysia.

syafiq kyle

“Saya bakal terlibat dalam satu siri yang akan disiarkan di United Kingdom. Ia diadaptasi daripada sebuah novel dan barisan pelakon utama semuanya dari London. Jadi watak-watak utama ini datang ke Malaysia untuk menyelesaikan satu kes jenayah. Saya akan menggalas watak Sarjan Syukur, bagaimanapun buat masa sekarang skrip masih lagi dirahsiakan.”

Aktor One Cent Thief ini berkata, dia merupakan antara artis yang berjaya dalam uji bakat yang dijalankan. Terdapat beberapa lagi pelakon Malaysia yang akan turut terlibat menjayakan siri tersebut. Kelainan dalam lakonannya kali ini adalah dia perlu melontarkan dialog dalam bahasa Inggeris. “Saya perlu belajar bahasa Inggeris untuk menjayakan siri ini. Saya suka perkara-perkara yang mencabar diri, sebab itu saya ambil peluang ini selain untuk mengetengahkan bakat.”

See also
Mahu Tukar Nama Kepada Ye, Kanye West Fail Tuntutan Mahkamah

Syafiq Kyle Menghitung Hari Bergelar Raja Sehari

Dalam mempersiapkan diri menjalani penggambaran, Syafiq Kyle boleh menarik nafas lega kerana persiapan perkahwinannya sudah pun diaturkan. Kini, dia dan bakal isteri, Mimi Lana hanya menunggu tarikh untuk diijabkabulkan.

“Alhamdulillah, semua persiapan telah selesai. Cuma tunggu akad sahaja lagi. Saya banyak tengok ceramah sebagai persediaan menjadi suami.”

Syafiq Kyle menghantar rombongan meminang aktres Villa Kristal itu pada Januari lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta. Mimi berkongsi sekeping foto jarinya yang bakal disarungkan cincin berserta kapsyen, “One step closer Insya-Allah, Alhamdulillah.” Pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak pula memuat naik dua keping foto dirinya dan bakal isteri. “Counting days. 1, 2, 3 action!” tulisnya ringkas berserta emoji sebentuk cincin.

Syafiq Kyle, Mimi Lana

Foto: Malaysiapost

Perkongsian Mimi dan Syafiq mengundang keterujaan di kalangan peminat dan rakan artis. Ramai merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan agar impian mereka untuk menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.

 

Foto: Facebook

Baca: “Bersederhana Itu Adalah Impian Perkahwinan Saya” – Mimi Lana

See also
Pereka Fesyen Selebriti Rizman Nordin Bersatu Jiwa Dengan Nurida Suraya