Tarikh PRU15 Ditetapkan, Ini Perkara Harus Anda Ambil Tahu - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Tarikh PRU15 Ditetapkan, Ini Perkara Harus Anda Ambil Tahu

Tarikh PRU15 Ditetapkan, Ini Perkara Harus Anda Ambil Tahu

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Adakah Anda Layak Mengundi?

Jika anda merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, sememangnya anda layak untuk mengundi. Buat yang masih ragu-ragu tentang maklumat diri, anda boleh layari laman web rasmi atau aplikasi MySPR Semak untuk untuk membuat semakan dengan lebih lanjut.

Ingat, anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk mendaftar diri secara manual. Ini kerana aplikasi ini telah mendaftarkan nama anda secara automatik jika anda berumur 18 tahun. Jadi, anda layak serta-merta! Fungsi aplikasi ini untuk anda semak maklumat pengundian anda dengan lebih terperinci lagi. 

Menurut laporan yang dikongsi The Star, seramai 21,173,638 individu layak untuk mengundi pada tahun ini. Dan seramai 1,393,549 daripada jumlah keseluruhan adalah pengundi di kalangan umur 18 hingga ke 20 tahun. Ini adalah yang pertama di dalam sejarah pilihan raya umum membenarkan pengundi berumur 18 hingga 20 tahun untuk turut serta mengundi. 

Jika anda adalah pengundi pertama kali, anda harus tahu fungsi sebenar pilihan raya. Ia diadakan bagi tujuan untuk memilih wakil untuk badan perundangan baik Persekutuan mahupun Negeri. Pilihan raya memberikan mandat ini kepada rakyat Malaysia untuk memilih. Jadi, amat penting untuk anda semua keluar mengundi untuk melaksanakan tanggungjawab serta mengambil bahagian dalam proses demokrasi ini.  

See also
Barisan Putera Muda Yang Mencuri Perhatian Dunia