Vanessa Hudgens Tayang Baby Bump Di Anugerah Akademi 2024 - Glam Malaysia
Vanessa Hudgens Tayang Baby Bump Di Anugerah Akademi 2024

Vanessa Hudgens Tayang Baby Bump Di Anugerah Akademi 2024

Tiga bulan memegang status isteri, Vanessa Hudgens bakal menggalas tanggungjawab sebagai ibu tidak lama lagi.

Aktres berusia 35 tahun itu mengejutkan peminat apabila muncul di karpet merah Anugerah Akademi atau Oscar 2024 dengan perut yang semakin membesar. Menurut jangkaan, dia kini berada pada trimester kedua kehamilan.

Vanessa kelihatan anggun dalam gaun labuh lengan panjang rona hitam daripada Vera Wang Haute yang dipadankan dengan barang kemas berlian. Dia diberi tanggungjawab menghoskan acara Countdown to Oscars: On the Red Carpet Live! di samping aktres Julianne Hough.

Vanessa Hudgens hamil

Foto: Getty Images

Impian Vanessa Hudgens Untuk Bergelar Isteri Tercapai

Vanessa dan pemain besbol, Cole Tucker disatukan sebagai suami isteri dalam majlis perkahwinan tertutup pada Disember 2023 di Tulum,  Mexico. Bertema hutan belantara, hari bahagia mereka dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga, kenalan terdekat dan rakan selebriti seperti Sarah Hyland dan Alexandra Shipp.

Menerusi temu bual bersama Vogue, bintang trilogi The Princess Switch itu mengakui bergelar isteri Cole adalah detik paling indah dalam hidupnya. Dia turut meluahkan rasa terharu kerana impiannya untuk menaiki jenjang pelamin pada usia 30-an akhirnya tercapai.

Vanessa Hudgens

Foto: Vogue

“Perkahwinan saya ibarat satu keajaiban. Saya amat bersyukur dan gembira dengan penyatuan ini.

“Malah semua tetamu memberi kerjasama yang baik apabila diminta untuk tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu majlis berlangsung,” katanya.

See also
Tony Awards 2022: Senarai Penuh Pemenang

Pasangan ini mula dikaitkan bersama pada November 2020 dan mengumumkan pertunangan mereka kepada umum pada Februari 2023. “Dia jejaka sempurna untuk saya. Saya amat gembira,” kongsinya.

 

Foto: Getty Images

Baca: Deepika Padukone Rahsiakan Kehamilan Sulung