Yusry Halim & Lisa Surihani Umum Kehamilan Anak Ketiga - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Yusri Halim & Lisa Surihani Umum Kehamilan Anak Ketiga

Yusry Halim & Lisa Surihani Umum Kehamilan Anak Ketiga

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, Yusry memuat naik satu lagi foto berupa potret abjad Y dan L, mewakili nama kedua-dua anaknya. Menerusi kapsyen panjang lebar, dia mengesahkan perkara itu dan menjelaskan mereka tiada niat untuk menyembunyikan berita baik ini.

“Selepas memuat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa orang yang berteka-teki sama ada isteri saya mengandung.

“Hari ini, ada wartawan yang meminta pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ingin ambil pendekatan, ‘mungkin kali ini tidak perlu buat pengumuman, kerana lambat laun orang akan tahu juga’.

“Pada masa yang sama terdetik di hati kami, memahami pasangan yang mencuba bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kami mendoakan mereka, semoga doa mereka dimakbulkan. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk mereka,” tulisnya.

Yusry turut memanjatkan rasa bersyukur atas kurniaan ini dan mengesahkan bahawa berita ini telah dikongsikan bersama keluarga rapat. Lisa bagaimanapun tidak membuat sebarang pengumuman di media sosial, sebaliknya mengesahkan perkara itu dengan berkongsi semula hantaran Instagram yang dimuat naik suaminya.

See also
Ratu Elizabeth II Dilaporkan Mangkat Akibat Kanser

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Foto: Lisa Surihani/Instagram

Baca: Lima Bulan Berumah Tangga, Mira Filzah Kini Berbadan Dua?