Playful Summer Bersama GUESS Kids Untuk Kanak-Kanak Dan Si Cilik Yang Bergaya

Playful Summer Bersama GUESS Kids Untuk Kanak-Kanak Dan Si Cilik Bergaya

GUESS Kids mempersembahkan koleksi pakaian dan aksesori yang comel dan bergaya buat kanak-kanak serta bayi untuk melengkapi pengembaraan fesyen si cilik yang menyeronokan.

Kembara musim panas GLAM Junior kini sudah bermula. GUESS Kids tidak ketinggalan dengan mempersembahkan koleksi pakaian dan aksesori buat kanak-kanak untuk memulakan pengembaraan fesyen yang menyeronokan. Koleksi musim bunga/panas 2023 kali ini juga hadir buat bayi dalam melengkapkan gerobok fesyen si cilik.

 

 

guess kids

 

Dengan semangat playful musim ini, GUESS Kids menghadirkan seleksi lengkap buat kanak-kanak lelaki dan juga perempuan yang merangkumi gaun, kemeja, kemeja-t, kasut serta beg tangan. Tidak sempurna himpunan GUESS tanpa jaket dan seluar yang bermain dengan fabrikasi denim yang ikonik buat label ini. Pastinya, kembara fesyen kini lebih lengkap buat seisi keluarga.

 

Guess Baby

 

Buat the coolest kids in town, himpunan GUESS Kids sentiasa mengikut trend fesyen terkini. Dari rekaan baju hoodie, sweatpants, seluar pendek dan legging yang boleh digayakan ke taman permainan, kepada desain ikonik yang menampilkan desain moden seperti kemeja-t grafik, jaket denim dan seluar jogger. Bukan sahaja bergaya, ia turut memberikan seleksi yang berkualiti dan boleh dipakai untuk jangka masa yang lebih lama.

See also
Anak Selebriti Yang Mempunyai Jumlah Pengikut Terbanyak 2022

 

Koleksi GUESS Kids Musim Panas 2023

Musim panas cukup sinonim dengan mainan cetak floral yang feminin. Koleksi kanak-kanak perempuan kali ini menghadirkan seleksi pakaian yang menggunakan motif bunga-bunga yang ceria dalam variasi warna. Padanan kemeja dan seluar bermotif ini juga sesuai untuk digayakan ketika aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Juga mainan material renda yang cukup elegan buat kanak-kanak perempuan ke parti hari jadi mahupun majlis istimewa lebih formal.

 

Guess Baby

 

Koleksi GUESS Kids untuk bayi dan si cilik pula membiaskan eleman musim panas yang comel dan panca warna. Inspirasi musim ini membiaskan motif alam semula jadi dan sisi tropikal yang boleh digayakan ke destinasi percutian musim panas seperti pulau peranginan. Si cilik pasti bergaya penuh keceriaan untuk memulakan pengembaraan musim panas bersama seisi keluarga nanti.

 

Guess Kids

 

Koleksi bergaya terbaharu untuk kanak-kanak dan si cilik ini boleh didapati di butik fizikal GUESS Kids serta stor atas talian di sini.

See also
Weekend Getaway Bersama Anzalna Nasir, Bella Astillah Dan GUESS Kids

 

Foto: GUESS Kids Malaysia

Baca lebih lanjut: 5 Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata Menerusi Kaedah Ibu Tumpang