Diari - Langkah Sempurna Ratu Sehari - Glam Malaysia

Diari – Langkah Sempurna Ratu Sehari

ROMY Satin dengan perhiasan tiara kristal

Selain busana indah untuk melengkapkan hari bahagia setiap gadis yang menamatkan zaman bujangnya, kasut merupakan antara elemen penting untuk memastikan pengantin menghadapi hari majlis dengan penuh keselesaan. Untuk tahun 2018, jenama sepatu tersohor, Jimmy Choo menawarkan Jimmy Choo Bridal Collection yang memperlihatkan gaya malar segar dan klasik elegan, menampilkan antaranya tumit tinggi rona putih gading berbalut fabrik satin hinggalah gaya sarat perincian kristal Swarovski juga sandal metalik. Direalisasikan dalam skema warna-warna lembut yang sesuai untuk padanan bersama pelbagai gaya busana yang bakal anda gayakan.

 

Rekaan ESTELLE yang hadir dalam variasi ketinggian berbeza.

Koleksi ini menampilkan tujuh rekaan sepatu untuk pengantin wanita juga satu rekaan tas tangan kepit yakni ELLIPSE untuk mereka yang memerlukan padanan sesuai bersama sepatu ini. LANCER, LUCY, AURELIA, CLARANCE, KAMI, ROMY dan AVRIL kesemua sepatu mempunyai keunikkan rekaan tersendiri untuk gaya yang pelbagai yang pastinya dapat memenuhi kehendak setiap bakal pengantin.  Tidak ketinggalan untuk pengantin lelaki, empat rekaan gaya klasik dan kontemporari seperti PENN, JOHN, TATE juga FOXLEY untuk dipilih. Tidak hanya untuk langkah menawan, ia turut menjadi pilihan ideal menghiasi dulang hantaran untuk kedua belah pengantin.

See also
Sajian - Unconventional Desserts

 

Padanan TATE buat jejaka dan LANCE buat wanita.

 

Jika anda mahukan kelainan juga rasa lebih eksklusif untuk padanan hari bahagia, seleksi Made-To-Order adalah jawapan sempurna yang memberikan anda pilihan warna dan kemasan juga perincian untuk gaya sepatu signatur yang terdapat di bawah jenama ini. Lebih istimewa, anda boleh menerapkan initial atau tarikh pilihan sebagai lambang hari bersejarah itu.

Lakaran untuk rangkaian Made-To-Order