GLAM Deko Promosi - Menangi Koleksi Perhiasan dari Maison Curio - Glam Malaysia

GLAM Deko Promosi – Menangi Koleksi Perhiasan dari Maison Curio

 

Perhiasan Seramik dari Maison Curio

3 x Koleksi Perhiasan Seramik dari Maison Curio bernilai RM2,500

Maison Curio adalah jenama produk yang mengetengahkan reka bentuk dan idea kreatif yang membawa inspirasi dari kecantikan. Dari helaian fabrik vintaj, artifak lama lukisan tangan pada permukaan jubin, idea berkembang untuk memperkenalkan jenama Maison Curio. Berteraskan matlamat sebagai peneraju gaya global dengan mencari keindahan dari masa lalu, lantas menyuntik gaya trend lebih segar dengan koleksi signatur unik dan menarik.

Maison Curio menawarkan pelbagai produk eklektik yang membiarkan imaginasi mendominasi dengan variasi produk. Pilihan produk dari himpunan pasu, arca perhiasan batu karang, bingkai gambar, kusyen, kotak perhiasan barangan kemas dan lain-lain. Sempena merai Hari Natal dan sambutan Tahun Baru, GLAM Deko dan Maison Curio menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman Instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut;

 

  1. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  2. Ikuti (follow) Maison Curio di Instagram @maisoncuriomy
  3. Repost pada akaun anda dengan hashtag #glamdekogiveaway
  4. Tag @maisoncuriomy dan @glamdekomy
  5. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like dan caption terpilih yang diterima
  6. Pemenang yang berjaya akan diumumkan pada 10 Januari 2020
See also
Idea Penataan Gaya Bermain Pilihan Aksesori

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada 11.59pm, 3 Januari 2020 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2020 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan sepanjang tempoh promosi dikira sah.
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikut setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ia menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.