Inspirasi: 5 Aplikasi Dekorasi Pilihan - Glam Malaysia

Inspirasi: 5 Aplikasi Dekorasi Pilihan

Idea mereka bentuk dan menghias ruang kediaman kini lebih menyeronokkan dengan hanya menggunakan aplikasi yang tersedia di telefon pintar anda. Aplikasi pilihan GLAM Deko ini membantu anda melalui setiap bahagian proses mereka bentuk dan menghias kediaman dengan lebih mudah. Ia juga menyediakan akses kepada satu set aplikasi tentang gambaran keseluruhan dekorasi yang mempengaruhi perubahan pada ruang kediaman. Aplikasi ini membolehkan anda meneroka pelbagai alternatif, membantu anda menyusun konsep, seterusnya menentukan susun atur ruang dengan tepat dan sempurna. Dan akhirnya menyiapkan keseluruhan lakaran idea dan gambaran ruang dengan perincian seperti yang dinginkan.

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

BrightNest
Dalam mereka bentuk sesebuah ruang kediaman, proses yang sempurna di mana langkah demi langkah dalam menghias dan mereka bentuk akan menghasilkan rekaan yang cantik dan menarik. Perlaksanaan pelan reka bentuk dalaman adalah tugas paling mencabar kerana anda perlu memastikan tidak kehilangan sebarang perincian. Contohnya, untuk mendapatkan efek warna yang sempurna pada latar dinding, BrightNest menyediakan ketepatan warna untuk sesebuah ruang, pilihan yang paling sesuai serta mencadangkan reka bentuk dalaman baru dan terkini untuk kediaman anda.

See also
Trend - Koleksi Musim Bunga Royal Selangor 2019