Kediaman - Oasis Rimba - Page 5 of 6 - Glam Malaysia

Kediaman – Oasis Rimba

Janda Baik, tanah hutan pinggir bandar yang masih kekal tidak terusik dek pembangunan moden. Dua unit lot tanah setiap satu berkeluasan satu ekar, di lereng bukit Tanarimba, Janda Baik dibeli tanpa ragu oleh ahli perniagaan, Kong Hock Sian. Dia kemudian menjalin kerjasama dengan arkitek tempatan. Ar. Melvyn Kanny bagi merealisasikan sanggar persinggahan idaman. Melvyn dipertanggungjawabkan untuk membina satu unit banglo sebagai rumah rehat yakni rumah induk dan satu unit banglo lagi untuk kegunaan anak-anak Kong yang juga berfungsi sebagai rumah tetamu.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menyusuri cenuram taman landskap dan kebun yang diolah dan ditanam sendiri oleh Kong; bunga-bunga kembang mekar seperti bunga kembang pagi, lavender, halia bara indah mewarnai tanah yang subur menghijau. Pokok buah-buahan seperti ciku, betik, pisang, terung pipit ditanam secara merata sudah mula mengeluarkan hasil. “Jika tiada sebarang urusan kerja di luar atau dalam negara, saya menghabiskan masa di sini. Mengapa perlu membina kehidupan di luar negara, sedangkan tanah air kita cukup kaya dengan segala sumber asli dan tanah yang subur untuk kita berbakti dan menyemai benih,” cerita Kong yang turut mempunyai rumah induk di Cheras.

Ruang santai berbumbung untuk kegunaan keluarga merai tetamu dalam suasana outdoor berada di penjuru taman landskap. Struktur bumbung dibina sama dengan bumbung banglo induk yang memberikan komposisi pemandangan lembah dan gunung-ganang kawasan sekitar.  Jelas Melvyn, “reka  bentuk bumbung melekap terus ke tanah bagaikan bingkai gambar yakni apabila penghuni berada di dalam, mereka bakal melihat pemandangan alam kala senja yang begitu indah.”

See also
Sejenak - Dekorasi Majlis Keraian Indah