Ruang - Bentuk Kemasan Tingkap - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Ruang – Bentuk Kemasan Tingkap

Jendela atau lebih popular dengan reka bentuk tingkap adalah elemen penting dalam memastikan ruang kekal privasi selain menyuntik ambien lebih selesa. Berikut panduan untuk memilih kemasan tingkap ideal untuk impak ruang berbeza selain menambah pesona kediaman terutama ketika merai hari istimewa.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang Dapur

Wujudkan ruang dapur yang ceria dan penuh dengan kasih sayang dengan sentuhan magis kemasan tingkap anda! Berikan peluang kepada cahaya untuk menembusi tingkap cermin. Penggunaan bidai ataupun pelmet akan memberi nafas di dalam ruang ini di samping mampu mengekalkan elemen kebersihan dan keselesaan.

Tips:

Gandingan bidai roller blinds dan pelmet boleh diaplikasi di ruang ini kerana mudah dibersihkan dan kekemasannya dalam suasana dapur yang memerlukan pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna.